LIMBC 2012: Lindgren Ungguli Peringkat 4 & Giger Masih Dahului Saingan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelumba Sweden Emil Lindgren mencuri tumpuan apabila menakluki peringkat keempat perlumbaan Cabaran Luma Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2012 di Oriental Village di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak menggugat kedudukan rakan sepasukan Fabian Giger daripada Rabobank-Giant Offroad Team, yang masih mengekalkan jersi kuning, selaku pendahulu keseluruhan acara terbuka lelaki.

Pada saingan peringkat keempat, Lindgren berjaya menguasai perlumbaan sejauh 27km iaitu enam pusingan di atas laluan sepanjang 4.5km dengan masa satu jam 33 minit 35.15 saat.

Giger, pemenang dua peringkat pertama, menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1'34:04.80s untuk mencerahkan peluang merangkul kejuaraan pada peringkat akhir esok.

Pelumba Austria Karl Markt yang mewakili pasukan Feltz-O-Bionic di tempat ketiga dengan catatan masa 1'35:02.30s.

Dalam acara terbuka wanita, pelumba Switzerland Nathalie Schneitter yang mewakili pasukan Colnago Sudtirol muncul juara peringkat keempat dengan catatan masa 1'32:13.65s.

Schneitter mengatasi juara peringkat ketiga semalam, iaitu pelumba Itali, Eva Lechner dalam perlumbaan sejauh 22.5km iaitu lima pusingan dalam jarak 4.5km.

Lechner yang berada di tempat kedua ketinggalan 03.04 saat di belakang Schneitter, juara keseluruhan tahun lepas, yang melakukan kayuhan bertenaga.

Tempat ketiga disandang oleh pelumba Amerika Syarikat Lea Davison yang mewakili Team Specialized dengan catatan masa 1'33:26.32s.

Davison kekal sebagai pemilik jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan terbuka wanita.

Pelumba Malaysia Masziyaton Mohd Radzi, yang mewakili pasukan Kedah SBS Giant, menghuni tempat kesembilan dengan catatan 1'53:31.28s.

Peringkat terakhir esok di Pantai Kok merangkumi perlumbaan selama 30 minit. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan