Jawatankuasa Ad Hoc Dibentuk Selesai Kemelut MSBF

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa ad hoc Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) dibentuk bagi menyelesaikan kemelut yang melanda badan sukan itu.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh berkata jawatankuasa tersebut diberi tempoh setahun, berkuat kuasa Isnin lalu untuk meneruskan fungsi dan membaiki sebarang masalah yang terdapat dalam pentadbiran MSBF.

"Jawatankuasa ad hoc MSBF ini diharap dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah diberikan demi untuk kebaikan dan pembangunan sukan snuker dan biliard di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Pendaftaran MSBF digantung pada 19 Julai lalu oleh Pesuruhjaya Sukan atas alasan badan sukan itu bukan lagi entiti yang wajar untuk didaftarkan bagi mewakili sukan itu di negara ini.

Ekoran penggantungan itu MSBF telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan sementara menunggu keputusan menteri, jawatankuasa ad hoc dilantik bagi menguruskan hal ehwal badan tersebut.

Jawatankuasa itu dibarisi sembilan ahli dan dipengerusikan Timbalan Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim.

Kemelut MSBF bermula sejak awal tahun lepas apabila presiden pada ketika itu Raymond Lim melepaskan jawatan secara tiba-tiba.

Sukan snuker dan biliard dilihat berpotensi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan pencapaian satu emas pada Sukan Sea Indonesia 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan