Hoki: Pahang Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang berjaya menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak selepas mengalahkan Terengganu 5-3 pada perlawanan Divisyen 1 Kumpulan B di Stadium Hoki Kuantan di sini, Rabu.

Pahang mendahului kumpulan tersebut dengan mengumpul enam mata manakala Terengganu dan Johor berkongsi tiga mata dan Pulau Pinang tercorot dalam kumpulan tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.

Selain Pahang, juara bertahan Kuala Lumpur turut mengesahkan tempat ke separuh akhir dari Kumpulan A.

Pada pertemuan tadi, pemain kebangsaan Faizal Saari meletakkan Terengganu di hadapan dengan jaringan padang pada minit ke-17 dan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-32.

Bagaimanapun, dua minit kemudian Pahang merapatkan jurang jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Ahmad Kazamirul Nasaruddin sebelum waktu rehat separuh masa.

Pada babak kedua, sokongan padu penyokong tuan rumah telah menyuntik semangat pemain Pahang apabila sekali lagi Ahmad Kazamirul menepati sasaran dengan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-38.

Terengganu yang tersentak dengan jaringan penyamaan kembali mendahului pada minit ke-48 apabila Faizal Saari mencipta hatrik menerusi pukulan sudut penalti.

Namun, Pahang tidak mudah mengalah dengan menempah tiga lagi jaringan menerusi dua pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Mohd Sallehin Abd Ghani (ke-57) dan Hairul Nizam Abdul Rani (ke-64).

Sebelum wisel penamat Pahang meraih satu lagi gol melalui jaringan hatrik Ahmad Kazamirul pada minit ke-65.

Dalam satu lagi perlawanan Divisyen 1, Kumpulan B, Johor berjaya mencipta kemenangan pertama dengan menundukkan Pulau Pinang 3-1.

Gol Johor berjaya diperolehi menerusi jaringan Shaheeb Shah Halim Shah seawal minit pertama, disusuli pada minit ke-18 oleh Faez Halmi Jali sebelum Mohd Afzanizam Zakaria menutup tirai jaringan pada minit ke-27.

Manakala gol saguhati Pulau Pinang berjaya diperoleh pada minit ke-38 hasil jaringan ketua pasukan, Jiwa Mohan.

Dalam saingan Divisyen 2, Polis (PDRM) berpesta gol apabila membelasah Kelantan 12-1, Sabah menang tipis 2-1 ke atas Melaka dan Selangor menumpaskan Perlis 5-0. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan