Peserta Switzerland Catat Masa Terpantas Acara Prolog LIMBC 2012 - Sukan Ekstra | mStar

Peserta Switzerland Catat Masa Terpantas Acara Prolog LIMBC 2012

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Peserta Switzerland, Florian Vogel dari pasukan Scott Swisspower mencatat masa terpantas 5.08.29 saat dalam acara prolog (ujian masa) sejauh 2.4 kilometer (km) pada cabaran Langkawi Mountain Bike Challenge (LIMBC) 2012 di Dataran Lang di sini, Isnin.

Simon Gegenheimer dari Germany yang mewakili pasukan Ultra Sports Racing menduduki tempat kedua dengan masa 5.12.14 saat dan Emil Lindgren (Sweden) dari pasukan Rabobank Giant Team ketiga dengan masa 5.14.37 saat. Lain-lain keputusan:

Men Master: 1. Marzio Deho (ITA) (pasukan Cicu Olympia) 5.32.042 saat; 2. Nicholas Craig (GBR) (Scott UK) 5.33.613 saat; dan 3. Anthony White (GBR)(Cannondale Mt Zoom Racing) 6.07.821 saat.

Senior Men Master: 1. John Ray Funk (CAN) (Deadgoat Racing) 6.50.278 saat; 2. Charles H.B. Stander (RSA) (Concept Cyclery Specialised) 7.07.295 saat; dan 3. Zamani Supartin (MAS) (Le Tua) 7.14.295 saat.

Terbuka Wanita: 1. Eva Lechner (ITA) (Colnago Sudtirol) (5.51.272 saat); 2. Lea Davidson (USA) (Team Specialised) (5.55.620); 3. Natalialie Schneitter (Team Colnago Sudtirol) (5.58.851 saat.

Perlumbaan peringkat satu sejauh 65 km mengelilingi Pulau Langkawi akan berlangsung esok.

Kejohanan ini yang berakhir Sabtu ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD125,000. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan