Perlis Juara Boling Padang Antarabangsa Langkawi

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Wakil Perlis muncul juara Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi 2012 selepas menyingkirkan wakil Filipina dengan 13-10 pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Langkawi, di sini malam Ahad.

Perlis yang diwakili Syafikah Haidar Abdul Rahman dan adiknya Syafiq Afif Abdul Rahman menunjukkan permainan cemerlang untuk mengatasi pasangan Filipina Leo Cerren dan Ronald Crenlees.

Selain Piala Mahsuri, pasangan adik-beradik itu membawa pulang hadiah wang tunai RM3,200 manakala naib johan menerima RM1,500.

Kejohanan lima hari itu disertai 64 pasangan dari Kanada, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Brunei serta pasukan tempatan.

Kejohanan itu dianjurkan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Persatuan Boling Padang Malaysia dan Persatuan Boling Padang Kedah.

Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lada (Bahagian Pembangunan dan Perancangan) Hanafi Ahmad. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan