ISN Tidak Perlu Pengarah Prestasi Khas - Kok Chi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak bersetuju dengan cadangan Institut Sukan Negara (ISN) melantik seorang pengarah prestasi khas bagi memantau persiapan atlet negara ke Olimpik Brazil 2016 kerana ia bakal menjejaskan peruntukan untuk program persediaan atlet.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata cadangan ISN itu tidak relevan kerana badan sains sukan negara itu sendiri mempunyai ramai petugas berkelayakan bagi melaksanakan tanggungjawab itu.

"Untuk apa ISN ingin wujudkan jawatan pengarah prestasi khas sedangkan tugas tersebut telah lama dilakukan oleh unit dan bahagian di ISN seperti unit fisiologi, perubatan dan teknologi sukan yang berupaya memantau lebih terperinci kerana mereka lebih dekat dengan atlet," katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Shapawi Ismail mencadangkan seorang pengarah prestasi khas dilantik dan berperanan memantau prestasi atlet yang berpotensi merealisasikan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil pada 2016.

Mengulas lanjut, Sieh berkata pelantikan pengarah prestasi khas juga melibatkan kos yang besar dan adalah lebih baik peruntukan yang sedia ada disalurkan untuk program persiapan atlet ke Olimpik Brazil.

"Sesiapa pun boleh pantau prestasi atlet. Tidak perlu wujud jawatan pengarah prestasi khas bagi melakukan tugas itu...jurulatih, pegawai sukan, pentadbir persatuan sukan malah media yang sering melaporkan perkembangan semasa atlet pun dikira telah lama terlibat sama (memantau prestasi atlet)," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata pemantauan terhadap perkembangan atlet adalah tugas rutin bagi setiap pegawai dan ketua unit di MSN dan ia dilaksanakan sejak dahulu lagi.

"Jika ISN merasakan bahawa tugas pemantauan atlet masih belum ada di sana (ISN), ia satu permulaan yang baik dan kita di MSN menghormati apa jua cadangan untuk dikemukakan oleh badan itu dalam memajukan sukan negara," katanya.

Di MSN, beliau berkata usaha memantau perkembangan prestasi atlet dilakukan secara tersusun bermula daripada atlet pelapis sehingga ke peringkat atlet berprestasi tinggi dan ia dilaksanakan secara berterusan selagi mereka masih bergelar atlet negara.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan