Emas Pertama Olimpik: ISN Saran Lantik Pengarah Khas Prestasi Atlet

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) mencadangkan seorang pengarah prestasi khas dilantik memantau prestasi atlet yang berpotensi merealisasikan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil pada 2016.

"Penglibatan pengurus sukan, jurulatih, saintis sukan dan pemimpin persatuan sukan penting dalam menentukan tahap prestasi iaitu mencapai misi dan visi yang kita sasarkan .

"Mungkin kita perlu seseorang yang boleh dijadikan pengarah prestasi atau mungkin jurulatih itu sendiri yang menyelaraskan prestasi (atlet) yang dikehendaki itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata kepakaran dalam bidang sains sukan masih belum mencukupi untuk memantau kesemua program yang telah dijalankan oleh persatuan sukan bagi mengenal pasti atlet berprestasi tinggi.

"Apa yang akan kita lakukan sekarang adalah program previu yang lepas bagi penyediaan program akan datang. Kita akui kurang kepakaran dan tidak cukup untuk pantau semua program," katanya kepada pemberita selepas forum 'Post Performances Road To London' di Dewan Perdana ISN, Bukit Jalil di sini, Khamis.

Forum tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zoklples Embong.

Bengkel dua hari mulai hari ini itu membincangkan peranan, kaedah dan fungsi yang dimainkan ISN dalam menyediakan khidmat sokongan sains dan perubatan sukan.

Ia juga bertujuan mengkaji prestasi badan tersebut dalam perkhidmatan sepanjang persediaan ke Sukan Olimpik London 2012 dan rumusan bengkel berkenaan akan menjadi penyediaan program 'Road to Rio 2016'.

Pada pembentangan belanjawan 2013, RM50 juta diperuntukan bagi tempoh empat tahun, bermula tahun ini, bagi persiapan program 'Road to Rio' menjelang Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil, nanti.

Sementara itu, Penasihat Khas Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata untuk meraih pingat emas pertama pada temasya Olimpik akan datang, perhatian dan bimbingan khusus perlu diberi kepada atlet berprestasi tinggi selama empat tahun.

"Pada pendapat saya, apa yang kita perlu ialah mengenal pasti sekumpulan kecil, kemudian kita akan merancang untuk keseluruhan empat tahun. Tumpukan pada prestasi atlet, khidmat mesti ditingkatkan ke arah giatkan prestasi yang berpaksikan atlet," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan