Perbadanan Putrajaya Sumbang RM45,000 Kepada Aaliyah Yoong

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaliyah Yoong
Aaliyah Yoong

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini memberi sumbangan bernilai RM45,000 kepada atlet cilik negara dalam bidang ski air, Aaliyah Yoong untuk menjalani latihan dan menyertai pertandingan sepanjang tahun ini.

Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata sumbangan yang diberikan melalui Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia itu merupakan pendekatan PPj bagi melahirkan lebih ramai atlet sukan air yang boleh mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Ini secara tidak langsung akan menggilap nama Putrajaya sebagai destinasi sukan air terkemuka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan itu di Pusat Maritim di sini hari ini.

Aseh berkata PPj juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan skim atau insentif khas kepada bakat-bakat muda dari seluruh negara dalam bidang sukan air.

Beliau berkata PPj juga sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan agensi-agensi berkaitan untuk menyediakan keperluan penempatan dan latihan bagi para atlet sekiranya perlu.

Aaliyah mencipta kejutan pada Sukan SEA di Indonesia tahun lepas apabila menjadi atlet termuda memenangi pingat emas dalam kejohanan itu iaitu pada usia lapan tahun.

Dia yang kini bersekolah di Sekolah Antarabangsa Nexus di sini turut memenangi beberapa kejohanan lain selepas itu termasuk menduduki tempat pertama bagi kategori bawah 10, 12 dan 14 tahun di kejohanan Coup De Meuzac, Perancis dan tempat pertama bawah 17 tahun dan tempat ketiga kategori wanita Kejohanan Ski Air Asia IWWF 2012 di Korea baru-baru ini.

Aaliyah berkata dia akan menggunakan sumbangan itu untuk terus berlatih dan mencapai pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang.

Kakak Aaliyah, Phillipa Yoong pula berkata dia berterima kasih di atas sumbangan tersebut di mana ia akan membantu adiknya meningkatkan kemahiran termasuk mendapat tenaga pelatih dan menyertai pertandingan di dalam dan luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan