ISN Anjur Bengkel Nilai Prestasi Dalam Penyelidikan Khidmat Kesukanan

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peranan, kaedah dan fungsi yang dimainkan Institut Sukan Negara (ISN) dalam menyediakan khidmat sokongan sains dan perubatan sukan akan dibincangkan dalam bengkel dua hari di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, bermula Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Shapawi Ismail berkata bengkel bertajuk 'Post Performance Road to London 2012' itu akan mengkaji prestasi badan tersebut dalam menyediakan perkhidmatan sepanjang persediaan ke Sukan Olimpik London 2012 dan rumusan bengkel berkenaan akan digunakan sebagai asas penyediaan program 'Road to Rio 2016.

"Bengkel itu, yang berkonsep terbuka, membuka ruang kepada semua peserta mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan kekangan yang ada, bagi memastikan program yang dirangka sesuai dengan dimensi baru sukan negara yang jauh berbeza daripada sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau berkata bengkel yang julung kali diadakan itu bakal dihadiri 100 peserta terdiri daripada pakar sains dan perubatan negara, jurulatih, persatuan sukan kebangsaan, wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pegawai Majlis Sukan Negara serta media.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan