Golf LPGA : Yeon Choi Sedia Sahut Cabaran

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yeon Choi menurunkan tandatangannya sempena Kejohanan Golf  LPGA Sime Darby 2012, Selasa. Foto: P.Nathan/THE STAR
Yeon Choi menurunkan tandatangannya sempena Kejohanan Golf LPGA Sime Darby 2012, Selasa. Foto: P.Nathan/THE STAR

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kejohanan Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) Sime Darby dari Korea Selatan, Na Yeon Choi mengakui bahawa saingan edisi ketiga tahun ini lebih mencabar dan sengit berbanding sebelum ini.

Yeon Choi,25, yang muncul juara tahun lalu sekali lagi tampil ke lapangan golf Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dengan gambaran yang lebih jelas mengenai saingan yang menantinya apabila lebih ramai bintang dunia yang lain turut hadir di sini.

"Aksi tahun lalu sememangnya sudah sengit, dan saya pasti pertandingan tahun ini dilihat bakal lebih sukar dengan kehadiran pesaing-pesaing utama.

"Bagaimana pun saya tidak mahu menjadikan alasan itu untuk berasa tertekan, malah saya akan cuba bermain dengan tenang nanti," jelasnya ketika sidang media kejohanan ini pada Selasa.

Pada aksi tahun lalu, Yeon Choi cemerlang dengan mencatat tiga bawah par, 68 pukulan untuk keseluruhan 15 bawah par, 269 dan pulang dengan hadiah AS$285,000 (RM900,000).

Yeon Choi kini berada di ranking keempat dunia rentetan kejayaan meraih gelaran pada Terbuka Amerika Syarikat di Blackwolf Run Golf Course Julai lalu.

Selain Yeon Choi, turut menjadi tumpuan ialah pemain nombor satu dunia dari Taiwan, Yani Tseng yang kini mengukuhkan kedudukannya selama 86 minggu di ranking pertama dunia.

"Kejohanan baru memasuki tahun ketiga, tetapi semua pemain sudah bersedia dan teruja untuk bermain di sini. Saya tidak sabar untuk memulakan aksi Khamis ini," katanya.

Pemain dari Amerika Syarikat berusia 27 tahun, Stacy Lewis juga dijangka bakal memberi saingan, tambahan pula kedudukan selaku pemain nombor dua dunia menjadikan dia antara pemain yang perlu diberi tumpuan.

Turut beraksi ialah Feng Shanshan yang menjadi pemain pertama China beraksi pada LPGA pada tahun 2008, malah turut memenangi kejuaraan LPGA utama.

Jiyai Shin dari Korea Selatan (no 5 dunia), Ai Miyazato dari Jepun mencatat penyertaan kali ketiga berturut-turut dan kini berada di ranking ketujuh dunia, serta Suzann Pettersen dari Normay (no.8).

Seramai 62 pemain seluruh dunia dan 10 pemain jemputan akan bersaing antara satu sama lain.

Kejohanan bakal membuka tirainya pada pada 11-14 Oktober ini.

Tiket-tiket untuk menyaksikan kejohanan ini boleh didapati secara online wwww.ticketpro.com.my atau hubungi Tiketpro Hotline, 03-78807999.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan