Garcia, Jaidee Sah Penyertaan Pada IJO 2012

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Bintang Piala Ryder Eropah, Sergio Garcia dan pemenang Order of Merit tiga kali Jelajah Asia, Thongchai Jaidee mengesahkan penyertaan di Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor (IJO) 2012 dari 13 hingga 16 Dis depan.

Kejohanan edisi keenam yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD2 juta (RM6.2 juta) dan merupakan saingan penamat musim Jelajah Asia 2012 di Horizon Hills Golf & Country Club itu, akan disertai 120 pemain termasuk 90 pemain teratas dalam Jelajah Asia.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur berkata kejohanan kali ini merupakan kemunculan sulung Garcia dari Sepanyol yang berada pada ranking ke-19 dunia.

"Kami teruja mengalu-alukan kedatangan Garcia yang dikenali dengan jolokan 'El Nino' yang memenangi 23 kejuaraan di serata dunia serta mengatasi Jim Furyk bagi memberi kemenangan kepada pasukan Eropah ketika menentang Amerika Syarikat semasa Piala Ryder, baru-baru ini.

"Bintang golf terkemuka Thailand, Thongchai Jaidee yang memegang rekod 13 kejuaraan dalam Jelajah Asia pula sedang melalui musim hebat setakat ini selepas kemenangan pertama beliau di Eropah apabila menjuarai Terbuka Handa Wales pada Jun lepas," katanya pada pelancaran rasmi kejohanan berkenaan, di sini hari ini.

Berangkat ke majlis itu ialah Presiden Persatuan Golf Johor Tunku Abdul Majid ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Timbalannya Tunku Abu Bakar Tunku Abdul Rahman. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Jelajah Asia Kyi Hla Han dan Naib Presiden Kanan Bahagian Golf IMG, Grant Slack.

Abdul Ghani berkata Order of Merit Jelajah Asia juga akan disahkan menerusi IJO 2012 sekali gus menjadikan kejohanan tahun ini memberi impak besar kepada pemain yang merebut tempat teratas musim ini.

Kejohanan edisi tahun lepas menyaksikan pemain Belanda, Joost Luiten menjuarai kejohanan profesional pertamanya dan membawa pulang hadiah wang tunai USD333,330 (RM1,022,363) dan melonjakkan namanya pada kedudukan ke-66 dunia.

K.J Choi memenangi gelaran itu pada 2009 manakala Retief Goosen dari Afrika Selatan muncul juara pada 2008.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan