ATM Dominasi Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-88

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi ke-88 Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia menyaksikan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendominasi pungutan pingat.

Pada hari terakhir kejohanan, kontinjen ATM yang terdiri kebanyakannya daripada atlet elit dan pelapis kebangsaan, menambah tujuh lagi pingat emas untuk terus berada dikedudukan teratas carta dengan 17 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa.

Mengekori ATM dalam pungutan pingat ialah Kuwait dengan lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa, manakala Taiwan di tempat ketiga dengan empat emas, satu perak dan satu gangsa.

Antara acara yang terus menjadi lubuk pingat emas ATM ialah acara 'riben biru' 200m lelaki dan wanita.

Komala Shally Selvaratnam berjaya mengekalkan rentak selaku 'Ratu Pecut' Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia selepas memenangi acara 200m wanita dengan mencatat masa 24.71 saat.

Beliau sekali lagi diberi tentangan hebat oleh dua atlet dari Iran, Maryam Toosi dan Farzanie Fasihi, masing-masing menamatkan saingan dengan masa 24.78s dan 25.53s.

"Sasaran saya memang untuk cuba membuat catatan masa di bawah 25 saat dan saya gembira dapat melakukannya di sini. Pada Kejohanan Olahraga ATM minggu lepas, saya hanya melakukan 25.07s.

"Bersaing dengan atlet dari Iran ini memang memberi saingan hebat. Saya memang mahukan saingan seperti ini untuk saya terus memperbaiki prestasi saya," katanya.

Atlet berusia 24 tahun dari Ipoh, Perak itu akan cuba ntuk terus memperbaiki catatan masa beliau pada Terbuka Thailand, bulan depan.

Sementara dalam acara 200m Lelaki, Mohd Noor Imran Abdul Hadi mengetepikan saingan lain-lain peserta untuk menamatkan saingan dengan catatan masa 21.69s.

Pingat perak acara itu dimenangi Hisyam Alias dari Wilayah Persekutuan dengan masa 22.00s dan pingat gangsa menjadi milik Muhammad Azam Masri dari Melaka dengan 22.56s.

"Saya masih belum berpuas hati dengan catatan masa yang saya lakukan. Sasaran saya ialah untuk memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 200m.

"Fokus saya kini adalah Sukan SEA tahun depan dan saya perlu banyak lagi kejohanan untuk perbaiki prestasi semasa saya," katanya.

Rekod kebangsaan dalam acara 200m lelaki masih menjadi milik Datuk Dr M. Jegathesan iaitu 20.92s yang dilakukan pada Sukan Olimpik Mexico pada 1968. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan