Yakeb Bantu Aricco Rawat Penyakit Psoriasis

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan menanggung kos rawatan susulan bekas atlet angkat berat negara, Aricco Jumith, yang menderita penyakit kulit kronik dikenali sebagai Psoriasis.

Pengurus Perkhidmatan Korporat Yakeb Zuhairi Abdul Manaf telah mengadakan rundingan bersama pakar perubatan daripada Sabah Medical Centre (SMC) mengenai rawatan seterusnya untuk Aricco pada penghujung bulan lepas.

"Kami amat bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Aricco, seorang atlet muda dan kami tidak akan biarkan dia keseorangan, kami akan membantu apa yang termampu. Kami mahu Aricco yang pernah menjulang nama negara kembali seperti sediakala.

"Kami difahamkan oleh Pakar kulit di SMC, buat masa ini Aricco dilaporkan menunjukkan respon yang baik terhadap rawatan yang diterima, jadi kami harap ia akan berterusan, sama ada dia akan dapat kembali sihat untuk menjadi atlet, itu tidak penting, yang penting kami dapat rawat penyakitnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aricco, 22, merupakan pemenang pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, menderita penyakit Psoriasis sejak Disember 2011 menyebabkannya tidak dapat berjalan tanpa sokongan dan terlantar di rumahnya di Kampung Mansiang, Menggatal, Sabah.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan