Tiger Woods Sah Beraksi Pada CIMB Classic 2012

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bintang golf dunia, Tiger Woods adalah antara 36 pemain Jelajah PGA yang telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan CIMB Classic 2012 di The Mines Resort & Golf Club di Seri Kembangan, dekat sini, dari 25 hingga 28 Oktober ini.

Pengarah Eksekutif CIMB Classic, Todd Rhinehart berkata, bekas pemain nombor satu dunia itu, yang mengutip tiga kejuaraan dalam Jelajah PGA tahun ini, akan melakukan penampilan sulung pada kejohanan edisi ketiga itu.

Woods, 36, telah menjuarai tiga kejohanan musim ini iaitu Jemputan Arnold Palmer, Kejohanan Memorial, dan Kejohanan AT&T National.

Kejohanan CIMB Classic menawarkan hadiah keseluruhan US$6.1 juta (RM18.7 juta) dengan juara memperoleh hadiah wang tunai US$1.3 juta (RM3.9 juta).

Kali pertama Woods beraksi di Malaysia adalah ketika membawa cabaran Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1999, yang diadakan di lapangan yang sama.

Dalam kenyataan pada Isnin, Rhinehart berkata, selain Woods, juara kejohanan dalam siri Jelajah PGA 2012 yang turut bertanding adalah termasuk Nick Watney (The Barclays), Jason Dufner (Zurich Classic of New Orleans, HP Byron Nelson), Carl Pettersson (RBC Heritage).

Scott Piercy (Terbuka Kanada), Rickie Fowler (Wells Fargo), John Huh (Mayakoba Golf Classic); Kyle Stanley (Terbuka Waste Management Phoenix), Bill Haas (Terbuka Northern Trust), Johnson Wagner (Terbuka Sony Hawaii) dan juara Kejohanan Travelers, Marc Leishman.

"Kita tidak sabar untuk melihat aksi kesemua pemain yang hebat ini," kata Rhinehart.

CIMB Classic, yang turut diiktiraf Jelajah Asia, akan menampilkan 48 pemain, di mana 30 daripadanya dari Jelajah PGA, 10 Jelajah Asia, manakala lapan lagi tajaan penaja.

Pemain tajaan yang layak menerusi Kejohanan Piala FedEx ialah Martin Laird, juara 2010 Ben Crane, Sean O'Hair, Ricky Barnes, Cameron Tringale dan bekas juara Masters 2009 Trevor Immelman.

Manakala dua lagi pemain tajaan ialah pemain tuan rumah, Danny Chia dan Shaaban Hussin.

Kesemua pemain akan melengkapkan permainan empat pusingan tanpa 'cut-off' (kelayakan) untuk dua pusingan terakhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan