Pelari Kenya Dominasi Terbuka Lelaki Dan Wanita LJSM 2012

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pelari jarak jauh Kenya menunjukkan kehandalan mereka apabila mendominasi kategori terbuka lelaki dan wanita Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2012 di sini, Sabtu.

Kategori terbuka lelaki menyaksikan pelari Kenya menduduki 17 tempat teratas dengan Kiproo Lilan Kennedy muncul juara dengan masa 1 jam 3 minit 43 saat diikuti tempat kedua, Robert Kiplagat Kosgei dan ketiga Charles Wachira Maina dengan kedua-dua mereka mencatat masa yang sama 1:03:44s.

Sementara, kategori wanita memperlihatkan pelari Kenya menduduki lapan kedudukan teratas acara itu dengan Rumukol Elizabeth Chepkanan muncul juara dengan catatan masa 1:12:13s diikuti, Naomi Jepngetich 1:13:29s dan Naomi Wambui Muriuki 1:14:27s.

Pemenang bagi ketegori terbuka lelaki sejauh 21km itu membawa pulang wang tunai US$10,000 bagi tempat pertama, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing US$7,000 dan US$5,000.

Kategori terbuka wanita sejauh 21km juga membawa pulang wang tunai US$7,500 bagi tempat pertama, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing US$5,000 dan US$3,000.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang di Dataran Bangau, Batu Buruk di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Peserta Thailand, Jirattigrand Boonma dan Susan Khoo daripada Britain, masing-masing muncul juara lelaki dan wanita kategori terbuka veteran.

Boonma mencatat masa 1:15:02s dalam larian sejauh 21km dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, manakala Khoo yang mencatat 1:15:10s dalam larian sejauh 10km itu, menerima hadiah RM4,000.

Kategori tertutup lelaki sejauh 10km pula menyaksikan Mohd Kamal Mohammad Razak menjuarai kategori tersebut dengan masa 34:32s manakala tertutup wanita pula menyaksikan Noor Amelia Musa muncul juara dengan masa 35:24s.

Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi turut memeriahkan larian dengan menyertai kategori Orang Kurang Upaya (OKU)(berkerusi roda) sejauh 3km, namun hanya berjaya menduduki tempat ke-18.

Kategori OKU dimenangi Chow Mei Hsai (0:18:14s) manakala Nor Suhaili Yusof (0:20:06s) ditempat kedua dan Roslinda Mat Derus ditempat ketiga (0:21:57).

Lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara menyertai larian yang dihidupkan semula, setelah kali terakhir diadakan pada 1999 dengan menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM200,000.

Berikut keputusan bagi kategori lain :

Tertutup Lelaki Veteran Junior 10km. 1. Malek Musa (Malaysia) (37:12s) Tertutup Lelaki Veteran Senior 10km 1. Mohamad Omar (Malaysia) (37:03s) IPT Lelaki 10km 1. Azwan Bunjing (Malaysia) (34:33s) IPT Wanita 10km 1. Loh Choo Fern (Malaysia) (39:39s) Pelajar Lelaki 7km 1. A Yaashanraj (Malaysia) (27:58s) Pelajar Wanita 7km 1. Nur Isma Afini Juma'at (Malaysia) (35:19s) - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan