Akademi Golf Di Terengganu Buka Penyertaan Kepada Pelajar Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Golf Terengganu (PGT) mempelawa lebih ramai pelajar sekolah untuk menyertai akademinya yang dibuka bulan lepas.

Pesidennya, Ahmad Zubir Azhari berkata akademi tersebut yang terletak di Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR), di Kampung Tok Jembal, Gong Badak dekat sini sudah mempunyai 20 orang pelajar.

"Akademi ini terbuka kepada pelajar-pelajar berumur antara 7 hingga 16 tahun lelaki dan wanita. Ia baru dibuka dan masih tidak ramai yang mengetahui mengenainya.

"Kita harap lebih ramai ibu bapa akan menghantar anak mereka menyertai akademi ini dalam usaha mencari bakat terpendam untuk diketengahkan suatu hari nanti," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata akademi itu dibuka dua kali seminggu iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Katanya yuran panyertaan ialah RM30 sebulan dengan latihan diuruskan oleh beberapa orang jurulatih golf yang bertauliah serta berpengalaman.

Ahmad Zubir berkata akademi itu mendapat sokongan daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang turut menghantar pegawai untuk memantau latihan sebulan sekali.

Beliau berkata akademi yang pertama seumpamanya diwujudkan di Terengganu itu juga bertujuan untuk memperkenal dan mengkomersialkan sukan golf di kalangan pelajar di negeri ini.

"Pelajar akademi ini akan diasuh dari awal mengenai teknik-teknik sukan golf supaya mereka menjadi pemain yang mahir apabila keluar kelak," katanya.

Latihan adalah seawal pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan ibu bapa yang berminat dialu-alukan untuk menghantar anak mereka ke KTGR.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan