UiTM Juarai Kejohanan Pencak Silat Piala Antarabangsa TPM

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Skuad pesilat Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mengungguli Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012, setelah muncul juara keseluruhan peringkat universiti tempatan pada kejohanan di pusat beli belah Square One, Batu Pahat, pada Sabtu.

UiTM berjaya mengatasi 32 buah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang mengambil bahagian dalam kejohanan edisi ketiga yang berlangsung selama enam hari, bermula 17 September lalu.

UiTM berjaya mengumpul lapan pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa sekali gus mengatasi penyandang juara 2011, iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

UPNM yang menduduki tempat kedua sekadar mengutip empat pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa, manakala tempat ketiga disandang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kutipan tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Pengurus pasukan silat UiTM, Said Saad berkata ini merupakan kali pertama UiTM menjadi juara keseluruhanan sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2010.

"Kejayaan hari ini adalah hasil usaha berpasukan yang disusun sendiri pasukan UiTM yang bekerja sebagai sebuah keluarga besar," katanya kepada Bernama.

Said berkata kejohanan seperti ini bukan hanya menyumbang kepada pembangunan sukan silat olahraga peringkat IPT tempatan, malah turut memberi kesan positif kepada pembangunan sukan silat dunia.

Beliau yang juga Pegawai Sukan UiTM Kampus Shah Alam berkata penganjuran kejohanan seumpama ini secara tidak langsung menarik minat lebih ramai mahasiswa untuk terus memilih silat sebagai seni bela diri. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan