Presiden PKBM Terima Anugerah Merit UCI

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abdul Wahab pada Sabtu dianugerahkan Anugerah Merit 2012 oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di atas jasa dan sumbangan beliau dalam memajukan sukan berbasikal di rantau Asia.

Presiden UCI, Pat MacQuaid menyerahkan anugerah tersebut kepada Abu Samah selepas berakhirnya mesyuarat Kongres UCI yang berlangsung di Limburg, Belanda, kata PKBM dalam satu kenyataan.

MacQuaid berkata Abu Samah yang juga Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) banyak memberikan sumbangan kepada sukan berbasikal di peringkat Asia Tenggara dan Asia.

"Jasa Abu Samah kepada sukan berbasikal Asia dan Asia Tenggara sangat tidak terkira. Bagi pihak UCI, kami amat berbangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan beliau sejak awal tahun 90-an lagi dan saya harap merit ini setimpal dengan jasa yang telah ditabur oleh Abu Samah," katanya.

Abu Samah adalah individu ketiga di negara ini yang menerima anugerah tersebut selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Presiden ACC, Tan Sri Darshan Singh menerima anugerah yang sama sebelum ini. Dr Mahathir menerima anugerah tersebut kerana sumbangan besar beliau dalam penganjuran kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) berstatus 2.0 Hors Classe.

MacQuaid turut menegaskan bahawa Abu Samah yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung ACC adalah antara personaliti di Asia yang banyak memberi sumbangan idea dan buah fikiran dalam menaikkan kualiti pelumba trek khususnya di Malaysia, Jepun, Hong Kong dan China sejak awal 2000.

"Abu Samah juga telah meyakinkan banyak persatuan berbasikal di Asia bahawa pelumba benua tersebut boleh bersaing dan menewaskan pelumba Barat yang jauh lebih besar badannya dalam mana-mana perlumbaan trek," katanya.

Badan induk berbasikal dunia itu turut merakamkan penghargaan kepada Abu Samah dalam usaha beliau memerangi penggunaan dadah di kalangan pelumba lebuh raya khususnya di Asia Tenggara.

Sementara itu, Abu Samah berkata beliau masih belum berpuas hati walaupun menerima anugerah tersebut daripada UCI kerana pelumba berbasikal kebangsaan masih belum memenangi pingat pada Sukan Olimpik berbanding pelumba dari Asia Timur seperti China, Jepun dan Hong Kong yang telah memenangi pingat pada temasya empat tahun sekali itu.

"Saya berterima kasih kepada UCI kerana memilih saya sebagai penerima UCI Merit untuk 2012. Saya sama sekali tak menjangka akan menerima anugerah ini kerana saya bekerja secara ikhlas dan sukarela. "Tidak pernah terlintas di hati saya untuk memburu kemasyhuran, pingat atau gelaran daripada mana-mana pihak kerana selama ini saya bekerja secara ikhlas dan saya sememangnya terlalu sayangkan dunia basikal di Malaysia khususnya dan Asia amnya.

"Sedangkan kita telah pun melahirkan ramai pelumba bertaraf dunia seperti Mohd Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Fatehah Mustafa dan Rizal Tisin. Mereka menang pingat di Kejohanan Trek Sedunia tetapi mereka belum lagi mampu untuk meraih medal di Sukan Olimpik.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) turut meletakkan sasaran untuk pelumba berbasikal kebangsaan meraih pingat pada Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil.

"Saya selaku Presiden PKBM tidak akan berhenti berusaha selagi kita tak menggapai sebarang pingat Sukan Olimpik. Kita tak peduli apa warnanya sekali pun asalkan pelumba Malaysia menang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan