Terengganu Ketengahkan Sukan Bola Tampar Pantai

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menyedari negara masih ketandusan pemain bola tampar pantai, kerajaan negeri Terengganu sedang berusaha mengetengahkan sukan tersebut di negeri ini dalam usaha melahirkan pemain berwibawa pada masa akan datang.

Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman berkata pihaknya menyokong hasrat Kementerian Belia Sukan (KBS) untuk mencari bakat baharu pasukan bola tampar negara yang dilihat masih di belakang berbanding pasukan negara lain di Asia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuan penganjuran Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka Terengganu 2012 yang julung kali dianjurkan bermula semalam selama tiga hari di Pantai Teluk Mak Nik di sini Jumaat.

"Kejohanan ini disertai 37 pasukan iaitu 24 pasukan lelaki dan 13 pasukan wanita yang terdiri daripada beberapa pemain pelapis negeri, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan negeri lain dan kelab-kelab dari seluruh Semenanjung," katanya.

Ia menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk juara, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 untuk kategori lelaki dan wanita.

Beliau berkata kejohanan itu juga bertujuan mempromosikan pantai tersebut yang turut popular dengan nama Monica Bay sebagai destinasi sukan bola tampar pantai serta pelancongan di Kemaman sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan