Bekas Pesilat Negara Jadi Pengajar Di Thailand

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Bekas pesilat negara, Hisham Othman berasa bangga kerana diberi kepercayaan sebagai seorang daripada tenaga pengajar guru silat olahraga di Sekolah Sukan Yala, Thailand.

Pesilat kelahiran Pontian, Johor itu berkata sebelum ini kebanyakan guru silat baik dari peringkat Asia Tenggara mahupun peringkat dunia lebih dimonopoli guru silat dari Indonesia yang lebih terkenal berbanding Malaysia.

"Saya rasa bertuah kerana di samping mencari rezeki dan berkongsi pengalaman dengan pelajar, secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di negara jiran," katanya kepada Bernama hari ini.

Pemenang pingat gangsa di Temasya Sukan SEA 2009 edisi Brunei itu berkata cabaran untuk membawa masyarakat daerah selatan Thailand mendekati sukan silat olahraga agak mencabar kerana di sana sukan bela diri, Muay Thai adalah lebih popular.

"Di Yala nama silat olahraga agak masih asing bagi masyarakat di sana...yang ada adalah seni silat tradisional seperti Silat Pulut dan Silat Jawi (Seni silat Melayu yang terkenal di wilayah Selatan Thailand dan negeri Kelantan)yang telah lama bertapak di sana," katanya yang telah mengajar selama dua tahun di sekolah sukan itu.

Beliau berkata sehingga kini Sekolah Sukan Yala mempunyai seramai 300 orang penuntut dan 50 orang daripadanya terdiri daripada penuntut silat olahraga.

Hisham berkata sebagai rakyat Malaysia beliau berasa bangga apabila negeri kelahiranya iaitu Johor menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) edisi ketiga yang semakin dikenali pesilat antarabangsa.

Sementara itu, pengurus pasukan skuad silat Sekolah Sukan Yala, Sulaiman Kaewdam Rongehai berkata beliau berpuas hati dengan mutu penganjuran kejohanan tahunan yang berlangsung di pusat beli-belah Square One Batu Pahat di sini.

"Saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana berjaya menganjurkan kejohanan silat bertaraf dunia dan menyumbang kepada pembangunan sukan silat olahraga di rantau ini," katanya.

Beliau bercadang menghantar lebih ramai pesilat pada edisi kejohanan yang akan datang berbanding hanya lapan pesilat kali ini.

Selain Thailand, kejohanan enam hari yang berakhir esok turut menerima penyertaan daripada lapan negara luar iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, United Kingdom dan Vietnam.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan