Ragbi: Laluan Sukar Menanti Kategori Liga Super

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sukan Kelab Diraja Selangor (RSC), Godfrey Philip D'Cruz yakin saingan Ragbi Tujuh Sebelah Jonah Jones yang bakal berlangsung hujung minggu di Padang RSC Bukit Kiara menjanjikan aksi sengit dalam lima kategori yang dipertandingkan.

Sudah pasti salah satu kategori yang menjadi tumpuan ialah Liga Super di mana enam pasukan profesional bakal merebut gelaran pasukan terbaik.

Antara pasukan yang sah beraksi termasuk Kelab ASAS Ragbi, COBRA, Dragon, Keris Conlay, NS Wanderers dan Borneo Eagle.

"COBRA merupakan salah satu pasukan yang kuat, namun perlu ingat pasukan lain juga mempunyai kelebihan tersendiri dan sukar untuk membuat ramalan pasukan mana yang akan bergelar juara.

"Lebih sengit apabila keenam-enam pasukan ini akan bermain secara round robin dan dua pasukan teratas akan berentap pada aksi final," jelasnya selepas majlis pengundian kumpulan, Rabu.

Godfrey berkata, sepatutnya beberapa pasukan profesional lain turut beraksi di sini, namun pertindihan tarikh dengan satu lagi kejohanan tujuh sebelah di Shanghai.

"Pun begitu kami tetap gembira dengan penyertaan yang ada sekarang, lebih-lebih lagi bagi kategori kelab yang jumlah keseluruhan 20 pasukan.

"Pasukan kelab Hong Kong telah tiba awal bagi menjalani latihan dan menyesuaikan diri sekali gus menunjukkan mereka sememangnya serius untuk memenangi aksi tahun ini.

"Satu lagi kategori yang bakal menjadi tumpuan ialah kategori Colts untuk pemain bawah 21 tahun dengan 12 penyertaan.

"Manakala kategori heavyweight khas kepada pemain yang berusia 35 tahun ke atas atau mempunyai berat lebih daripada 100 kilogramn telah mencatat penyertaan sebanyak 6 pasukan," jelasnya.

Sementara itu, kategori wanita juga turut diadakan yang menyaksikan pasukan RSC menghantar dua wakil, manakala satu lagi pasukan dari Sabah.

"Walaupun hanya ada tiga penyertaan, kami sangat gembira kerana penyertaan kelab Sabah Warrior ini memberikan semangat baru untuk bersaing memandangkan kita kekurangan pasukan ragbi wanita.

"Penyertaan mereka ini juga mampu memberi pilihan kepada saya dalam membentuk pasukan negara ke arah yang lebih mantap,," jurulatih kebangsaan, Raimi M.Yusof.

Pasukan wanita yang bakal bersaingan ialah RSC Dingoes 1, RSC Dingoes 2 dan Sabah Warrior.

Pada aksi 2010, pasukan kebangsaan Hong Kong dinobatkan sebagai juara Liga Super, manakala pasukan RSC menjuarai kategori wanita, colt kelab dan heavyweight.

Undian kategori kelab:

KUM A

Terengganu

Navy Orca

SMS Old Boys

SLRC

KUM B

SSTMI

Sikamat Gunners

Bintang

MPK

KUM C

Singapura

KK Sharks

OGA Ragbi

Sahoca

KUM D

Hong Kong

X Lions

Storm RC

Bumble Bee

KUM E

RSC Dog

Sabah Warriors

Bangi Hunters

Jenoba

Undian kategori Colts:

KUM H:

RSC Colts

Asa Ragbi

Blowpipes

X-Jokers

KUM I:

SSTM1

Cobra

Navy Orca

KD Phytons

KUM J:

Majlis SUkan Politeksni

Smookie

Politeknik Merlimau

MOR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan