Paintball: Sambutan Positif WCA 2012

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalid (dua kanan) merasmikan Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Langkawi, Sabtu lalu.
Khalid (dua kanan) merasmikan Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Langkawi, Sabtu lalu.

LANGKAWI: Pulau Langkawi sekali lagi dipilih menjadi venue bagi Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 yang bakal berlangsung pada 8-11 November ini.

Dewan Mahsuri telah menjadi saksi kehadiran 1,810 pemain dari seluruh dunia sekaligus mencatat sejarah Malaysia Book Of Record sebagai acara terbesar kejohanan di Asia pada tahun lalu.

Malah turut menerima pengiktirafan pertandingan antarabangsa terbaik tahun 2011 oleh Mellennium Series, EPBF, UPBF, APPBF dan MPPL.

Dengan rentetan kejayaan yang dicapai ini, pihak penganjur iaitu AKR Events Sdn Bhd sekali lagi tampil memilih Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) buat kali kedua sejak menjadi tuan rumah bermula tahun 2006.

Ketua Pegawai Eksekutif AKR Sdn Bhd, Syed Mohd Johan Rizal berkata, sehingga kini sebanyak 160 pasukan daripada 32 negara telah mengesahkan penyertaan.

"Kami teruja kerana jumlah tersebut telah mengatasi bilangan penyertaan tahun lalu (152 pasukan) dan kemungkinan ia akan bertambah lagi sebelum tarikh tutup pertengahan bulan depan.

"Kerancakan penyertaan daripada beberapa pasukan terbaik dunia ini membuktikan kejohanan tersebut berada dalam kelasnya tersendiri.

"Antara pasukan yang telah mengesahkan penyertaan termasuk Afrika, Amerika Syarikat, Asia Pasifik, ,Eropah, serta Timur Tengah," jelasnya kepada media selepas majis pelancaran kejohanan ini pada Sabtu.

Menurut Syed Mohd Johan, selain merebut gelaran juara WCA, turut berlangsungnya Kejohanan Piala Intercontinental (ICC) pada masa yang sama.

"Kejohanan ini juga pasti sengit dengan aksi lebih menarik pasukan-pasukan bertaraf profesional daripada enam benua termasuk pasukan Dynasty dan LA Infamous (AS), TonTons (Perancis), dan Edmonton Impact (Kanada) merebut gelaran terbaik dunia," katanya.

Selain tumpuan terarah kepada pasukan dunia lain, wakil negara juga bakal mencuri perhatian apabila pasukan Nemesis, Xtioneer dan Macdevronim yang berada dalam kelompok lima terbaik tahun lalu sekali lagi turun beraksi.

Pengarah Perhubungan Antarabangsa, Allan Phang amat optimis wakil Malaysia akan mempamerkan aksi lebih baik berbanding sebelum ini.

"Walaupun juara bertahan dari Iran, Datis sekali lagi mengambil bahagian tahun ini, kami tetap tidak gentar untuk bersaing.

"Pasukan negara telah menjalani latihan di negeri masing-masing dan saya yakin sasaran kami untuk menjadi juara keseluruhan mampu dilaksanakan.

"Segalanya boleh berlaku kerana paintball adalah permainan yang mementingkan strategi. Jika percaturan baik, semuanya akan berjalan lancar," katanya.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli turut gembira kejohanan ini terus diadakan di Langkawi.

"Kejohanan WCA dan ICC adalah selari dengan matlamat LADA untuk membawa pelancong luar dengan mengadakan program antarabangsa seperti ini.

"Pemain dan pengunjung akan berada lebih seminggu di Langkawi dan ianya akan menjana pendapatan pelancong di sini.

"Ia secara tidak langsung turut meletakkan nama Dewan Mahsuri di mata dunia," jelas beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa WCA 2012.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan