Shahrin Pelumba M'sia Pertama Juarai Kejohanan Basikal Bukit Tour De Timor

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal bukit negara, Shahrin Amir muncul atlet Malaysia pertama menjuarai perlumbaan Tour de Timor edisi keempat selepas mengharungi cabaran hebat berbukit sejauh 56.53km dari bandar Gleno ke Tasik Tolu di Timor Leste.

Kejayaan menjuarai kategori lelaki terbuka tersebut menyaksikan pelumba berusia 28 tahun dari Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM30,364).

Shahrin berkata, beliau gembira menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi kejohanan berbasikal bukit itu dalam penampilan keempatnya dalam perlumbaan berkenaan sejak 2009.

Dalam kejohanan sulung pada 2009, beliau menduduki tempat kedua keseluruhan serta tempat ketiga pada 2010 dan tahun lepas.

"Saya sangat gembira kerana ia merupakan kali pertama pelumba Malaysia menjuarai perlumbaan Tour de Timor. Saya harap pada tahun depan, kita mendapat banyak penajaan supaya lebih ramai pelumba Malaysia dapat beraksi pada kejohanan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Naim Mohamed di sini, Sabtu.

Pelumba Australia Jarrod Hughes memenangi gelaran 'Raja Bukit' untuk meraih wang tunai AS$1,000 (RM3,036) setelah mengutip empat lagi mata mengatasi Shahrin selepas kedua-dua pelumba berkenaan bersaing hebat sepanjang minggu ini.

Hughes juga memenangi peringkat keenam dan ketujuh perlumbaan jelajah tersebut.

Sementara itu, juara bertahan Peta Mullens dari Australia mengekalkan jersi merah jambu selaku pemenang keseluruhan dalam kategori wanita terbuka.

Mullens menampilkan aksi bertenaga dan berupaya bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik lelaki sepanjang perlumbaan tersebut.

Dalam kategori Timor-Leste yang dikhususkan bagi menggalakkan pelumba tempatan bersaing di gelanggang sendiri, pasukan Antonio Martens dan Francellna Cabral, masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita dengan setiap pasukan meraih wang tunai AS$3,000 (RM9,108).

Perlumbaan selama enam hari itu yang bermula Isnin lepas, membabitkan dua perlumbaan pendakian bukit yang mencabar, dua perlumbaan lebuh raya serta dua saingan campuran melibatkan pendakian bukit dan lebuh raya.

Sebanyak 310 pelumba tempatan dan luar negara menyertai kejohanan tahunan berbasikal bukit itu, yang semakin popular di Asia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan