Sukan Sea 2013: Stadium Myanmar 85 Peratus Siap - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Sea 2013: Stadium Myanmar 85 Peratus Siap

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pembinaan tiga stadium baharu di Nay Pyi Taw, pusat pentadbiran baharu Myanmar untuk Kejohanan Sukan SEA 2013 telah 85 peratus siap.

Stadium berkenaan ialah Zabuthiri, Zayyarthiri dan Zabudipa, menurut portal berita elevenmyanmar.com.

"Upacara pembukaan dan penutupan Sukan SEA ke-27 akan diadakan di Stadium Zabuthiri berkapasiti 30,000 penonton," katanya.

Stadium Zayyarthiri boleh menampung lebih 30,000 penonton dan akan menjadi venue bagi pelbagai acara trek dan padang yang berkemungkinan selesai dibina menjelang Disember ini.

Myanmar menyasar untuk merangkul jumlah pingat terbanyak apabila negara itu menjadi hos acara sukan serantau untuk kali ketiga, selepas menjadi tuan rumah pada 1961 dan 1969.

"Kami menjangkakan lebih pingat emas pada Sukan SEA ke-27 dan kami akan bersaing dengan bermaruah," kata U Tint San yang juga Menteri Sukan.

Sukan SEA Myanmar akan diadakan di Nay Pyi Taw, Yangon dan sekitar Mandalay serta Pantai Ngwe Saung, mulai 11 Dis hingga 22 Dis tahun depan.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan