Piala TPM: Malaysia Bakal Terima Saingan Sengit Vietnam, Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan negara dijangka menerima tentangan sengit dari Vietnam dan Singapura untuk mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) tahun ini.

Selain Vietnam yang terkenal dengan ketangkasan pesilatnya, pengurus pasukan silat negara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Azli Pudin berkata Singapura selaku juara 2010 turut akan membariskan pesilat handalan republik itu.

"Sasaran kita pastinya mempertahankan kejuaraan. Kita tidak mahu kejuaraan itu terlepas ke negara lain. "Pada saya dua pasukan ini, Vietnam dan Singapura adalah pesaing terdekat, malah saya mendapat maklumat bahawa Singapura melakukan persediaan rapi sejak awal tahun," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Kejohanan tahunan itu akan berlangsung di Batu Pahat, Johor dari 17 hingga 22 Sept, melibatkan 600 mahasiswa dari 34 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan sembilan pasukan dari luar negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. Temasya silat itu yang memasuki edisi ketiganya tahun ini, merupakan anjuran bersama KPT, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka). Azli, bagaimanapun tidak memandang rendah keupayaan pasukan dari Eropah yang pertama kali mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

"Saya tidak menolak kemungkinan pasukan-pasukan ini akan memberi saingan, sebab sebelum ini kita belum pernah bertempur dengan pesilat-pesilat dari barat. Kita masih belum tahu keupayaan sebenar mereka," katanya yang juga Pengurus Pusat Sukan UTHM.

Sementara itu, Penyelaras Media Bahagian Sukan KPT Nur Ekmal Buhari berkata 22 pingat daripada 100 acara yangdipertandingkan bagi kategori IPT tempatan dalam kejohanan itu, akan diambil kira untuk pengiraan pingat bagi satu lagi kejohanan besar anjuran KPT iaitu Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Sukipt) dari 28 Oktober-11 November ini, di sekitar Lembah Klang. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan