Terengganu Latih 60 Remaja Bawah 14 Tahun Pelapis Berbasikal

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) kini melatih 60 remaja bawah 14 tahun sebagai pelapis kepada pasukan berbasikal negeri itu.

Jurulatih pasukan berbasikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka merupakan atlet yang berbakat dan berpotensi menjadi atlet berjaya baik di peringkat negeri mahupun antarabangsa pada masa depan.

"Mereka kini diletakkan di bawah program pembangunan atlet dan kita akan asuh atlet-atlet ini supaya mereka boleh mencapai tahap tertinggi," katanya.

Beliau berkata persatuan itu merancang untuk mendedahkan pelumba muda itu dalam kejohanan di peringkat kebangsaan atau Sukan Malaysia (Sukma) bermula tahun 2016 atau 2017.

Menurut Syed Mohd Hussaini program pembangunan atlet itu ditaja beberapa syarikat tempatan dan syarikat menjual basikal dari Singapura.

"Mereka menaja barang-barang peralatan basikal termasuk jersi untuk atlet itu berlumba," katanya.

Beliau berkata PLBT juga memberi tumpuan kepada atlet berbasikal wanita dan pencarian pelumba wanita itu akan dibuat dari semasa ke semasa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan