KBS Jangka Belanjawan 2013 Tumpu Program 'Road To Rio 2016'

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Belanjawan 2013 dijangka memberi tumpuan kepada program 'Road to Rio 2016' dalam usaha negara meraih pingat pada temasya Olimpik di Brazil itu.

Selain itu kata beliau, Perlis juga dijangka menerima habuan kerana akan menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) 2014.

Selain peruntukan untuk temasya, penduduk Perlis akan menikmati manfaat daripada Sukma menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Padang Besar, di sini Ahad.

Ahmad Shabery berkata secara keseluruhan, kementeriannya menjangka belanjawan yang akan dibentang pada 28 Sept itu bakal memberi fokus ke arah memperkasakan golongan belia dan pembangunan sukan negara.

Mengenai ganjaran dan elaun untuk atlet paralimpik yang menjulang nama negara di persada dunia, Ahmad Shabery berkata beliau akan mendapatkan pandangan pakar dan golongan profesional berkaitan mengenai isu tersebut.

Banyak perkara perlu dikaji sebelum membuat suatu keputusan terutama yang berkaitan dengan atlet, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan