Saya Akan Terus Aktif Dalam Sukan Menembak - Nur Suryani

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi memilih untuk terus aktif dalam sukan menembak walaupun baru sahaja menimang cahaya mata pertama di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai pada Jumaat.

Nur Suryani, 29, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di PPUM pada 7.20 malam.

Beliau yang sebelum ini bertanding di Sukan Olimpik London dalam keadaan sarat mengandung, tidak berniat untuk bersara dalam sukan menembak sebaliknya akan terus aktif dalam sukan itu apabila kembali sihat nanti.

"Saya akan bercuti seperti atlet lain sebelum kembali berlatih seperti biasa. Bagi saya faktor anak bukan penghalang untuk seseorang atlet terus aktif dalam sukan," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Nur Suryani berkata beliau gembira dengan kedatangan anggota baharu dalam keluarganya yang bakal menceriakan lagi rumah tangga beliau.

"Saya tidak sangka dapat melahirkan anak perempuan dengan selamat setelah berada di dalam wad hampir lapan jam apabila tidak dapat bersalin secara normal.

"Alhamdulillah dengan izin tuhan, Dayana Widyan seberat 3.3 kilogram selamat dilahirkan menerusi pembedahan," katanya.

Nur Suryani berkata beliau gembira dan bersyukur kerana anaknya lahir pada hari yang baik iaitu hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam.

Sementara itu suami beliau, Marhazli Mohtar berkata beliau tidak menghalang niat isterinya untuk terus aktif dalam sukan menembak, sebaliknya sedia memberi sokongan kepada Nur Suryani.

"Saya diberitahu oleh pihak hospital jika Su (Nur Suryani) dan anak tidak mempunyai masalah kami boleh pulang ke rumah pada Ahad," katanya.

Marhazli berkata beliau tidak bercadang untuk memaksa anaknya mengikuti jejak langkah ibunya sebagai atlet, sebaliknya memberi kebebasan kepada Dayana Widyan untuk membuat keputusan apabila dewasa kelak.

"Sebagai bapa, saya gembira jika anak saya nanti berjaya dalam apa jua pilihan kerjaya hidupnya nanti," katanya.

Pemenang pingat emas acara 10m Air Rifle Wanita di Sukan Komanwel India 2010 itu gagal mara ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada pusingan awal di Olimpik London 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan