Khidmat Koo & Tan Tetap Diperlukan Dalam Skuad Elit - BAM

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sama ada kombinasi beregu lelaki terkemuka negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dikekalkan ataupun tidak, khidmat mereka tetap diperlukan dalam skuad elit negara, sekurang-kurangnya untuk empat tahun lagi.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai berkata Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (CNT) persatuan itu dalam mesyuarat hari ini membincangkan panjang lebar mengenai nasib pasangan beregu itu, khususnya mengenai kewajaran mengekal atau memisahkan mereka.

Bagaimanapun, Ng enggan menghuraikan butiran mesyuarat tersebut kerana perbincangan perlu dibuat dengan Koo dan Tan terlebih dahulu.

"Selepas perbincangan dibuat dengan kedua-dua pemain tersebut, barulah kami akan mengemukakan cadangan kepada sidang Exco untuk diputuskan pada mesyuarat (Exco) akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CNT badan induk itu, di Stadium Juara Bukit Kiara di sini, Sabtu.

Koo dan Tan mula digandingkan bagi menghadapi Sukan Asia di Doha pada 2006 dan mereka berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Pasangan itu juga pernah menduduki takhta beregu lelaki nombor satu dunia pada 2007 selain meraih kejuaraan kejohanan berprestij All-England pada tahun sama.

Namun, prestasi beregu itu dilihat mula merundum sejak tahun lepas apabila gagal mengekalkan momentum kejayaan mereka sehinggalah pada Olimpik London baru-baru ini, apabila Koo dan Tan memperoleh tempat keempat dalam acara beregu lelaki.

Ng berkata pelbagai pihak terutamanya media mengutarakan pandangan tentang beregu tersebut sehingga mewujudkan persepsi bahawa BAM berniat memisahkan beregu itu bagi menamatkan kerjaya seorang daripada mereka.

"Ini tidak benar, malah telah mengelirukan pemain. Kami masih memerlukan khidmat mereka berdua terutamanya bagi mencapai sasaran jangka pendek BAM," katanya.

Selain itu, Ng berkata status Tey Seu Bock selaku jurulatih pemain perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, kekal buat masa ini.

Mesyuarat yang berlangsung lebih enam jam itu turut membincangkan rancangan jangka masa panjang BAM melibatkan pemain muda bagi projek 2016, selain pelantikan pemain beregu wanita, Chin Eei Hui sebagai pembantu jurulatih.

Ng berkata pihaknya juga akan mencadangkan agar satu sesi pemilihan dianjurkan hujung tahun ini melibatkan pemain berusia 18 dan 19 tahun daripada semua persatuan negeri, bagi kemasukan ke skuad pelapis kebangsaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan