Keadaan Angin Dan Cuaca Sejuk Jadi Penghalang Pelayar Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Keadaan cuaca yang tidak menentu dan angin kencang menjadi faktor penghalang pelayar paralimpik negara beraksi cemerlang pada acara perahu layar Sukan Paralimpik London di Portland Harbour, Weymouth, dekat sini.

Acara perahu layar Skud 18 (two-person keelboat) menggandingkan dua atlet yang terdiri daripada atlet kategori Tp A (kecacatan anggota tahap 1-2) dan Tp B (kecacatan anggota tahap 3-8).

Gandingan Nurul Amilin Balawi (jurumudi - Tp A) dan Al Mustakim Matrin (krew - Tp B) sekadar berada di tempat kesembilan daripada 11 peserta.

"Walaupun hanya mendapat tempat kesembilan, saya amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua mereka.

"Mereka baru sahaja digandingkan dalam tempoh setahun dan masih banyak yang perlu diperbaiki untuk mempertingkatkan keserasian antara mereka dalam acara ini," kata jurulatihnya, Zanal Masir kepada Bernama.

Keputusan muktamad acara sukan layar itu dilakukan hari ini selepas perlumbaan ke-11 dan terakhir dibatalkan oleh penganjur kerana ketiadaan tiupan angin.

Menurut Zanal, acara Skud 18 adalah acara baru dalam Sukan Paralimpik dan terdapat banyak aspek teknikal yang perlu dipatuhi.

Katanya, dalam tempoh setahun gandingan Nurul Amilin dan Al Mustakim telah banyak didedahkan dengan pertandingan di luar negara, selain menyertai kejohanan kelayakan Sukan Paralimpik.

"Pertandingan di Weymouth ini begitu mencabar sekali kepada mereka. Bagaimanapun, syukur mereka berada dalam keadaan sihat walaupun cuaca di sini terlampau sejuk.

"Sepanjang bertanding di sini kedua-dua mereka turut memperolehi keputusan yang baik. Semasa perlumbaan 5 dan 6, mereka berjaya mendapat tempat keempat dan kelima," kata Zanal.

Pingat emas acara Skud 18 telah dimenangi Daniel Fitzgibbon dan Liesl Tesch dari Australia manakala gandingan Jen French dan Jp Creignou dari Amerika Syarikat meraih pingat perak.

Pingat gangs menjadi milik peserta tuan rumah, Alexandra Rickham dan Niki Birrell. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan