Azizulhasni Tumpu Pada Sukan Asia, Komanwel 2014

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fokus atlet berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang kini pada kejohanan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2014.

Atlet yang digelar 'The Pocketrocketman' itu berhasrat mempertahankan emas dimenangi di Sukan Asia di Guangzhou dua tahun lepas selain berazam menebus kekecewaan setelah dibatal penyertaannya dalam acara akhir keirin Sukan Komanwel New Delhi pada tahun yang sama.

"Saya mahu mendapatkan kembali kedua-dua gelaran (dalam kejohanan) tersebut. Itu adalah sasaran utama saya buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian jam tangan edisi baharu Oris di sebuah pusat beli-belah di ibu kota di sini, Jumaat.

Hadir sama di majlis itu pemenang gangsa Olimpik, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg dan kedua-dua Olimpian negara itu masing-masing menerima hadiah seutas jam tangan jenama tersebut.

Mohd Azizulhasni berkata peluang untuk menyertai kejohanan dunia kini akan diberi pada pelumba muda negara yang sedang meningkat naik.

"Sebelum ini tumpuan banyak diberi pada Mohd Azizulhasni dan Josiah Ng. Jadi sekarang ini adalah 'medan pertempuran' bagi pelumba muda pula dalam menggalas cabaran negara," kata atlet berasal dari Terengganu itu.

Antara pelumba yang dilihat Mohd Azizulhasni berpotensi pergi lebih jauh ialah Idrus Md Yunus, Muhd Arfi Qhairant, Mohd Fattah Amri Zaid dan Malik Marcus Mcrone.

Setelah kembali daripada penyertaan di sukan Olimpik, London, beliau sekarang banyak menghabiskan masa bersama keluarga di samping menunggu kehadiran bayi sulung yang dijangka lahir awal November ini.

"Hari Raya yang lepas merupakan raya pertama saya bersama keluarga setelah empat tahun beraya di Melbourne kerana menjalani latihan intensif.

"Jadi kali ini saya banyak meluangkan masa dengan mereka termasuk menemani isteri membuat pemeriksaan perubatan. Rasanya agak teruja untuk menjadi seorang bapa," katanya yang merancang untuk kembali ke Melbourne Disember ini selepas isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat melahirkan cahaya mata mereka nanti. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan