Futsal: Skuad Kebangsaan Bakal Bertemu Pasukan Guatemala

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan futsal kebangsaan bakal menyertai beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa bagi memastikan misi untuk mara ke final Sukan Sea tahun depan menjadi kenyataan.

Sejajar dengan sasaran itu, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, pihaknya telah merangka perancangan bagi pasukan lelaki dan wanita kebangsaan.

"Pasukan kebangsaan lelaki dan wanita telah kembali menjalani latihan selepas bercuti sempena Hari Raya baru-baru ini.

"Latihan pusat kedua-dua pasukan ini berjalan lancar dibawah pemantauan Pegarah Teknikal Futsal FAM, Marcelo Serpa Coelho yang dilantik Julai lalu.

"Selain itu juga, kami bercadang akan mengadakan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Piala Dunia Futsal FIFA 2012 di Thailand November ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut Dr Hamdan, beliau bersama Serpa Coelho turut hadir pada undian kejohanan dunia itu di Bangkok bulan lalu dan telah mendapat persetujuan dengan beberapa pasukan bagi mengadakan perlawanan persahabatan ini.

"Setakat ini pasukan Guatemala telah bersetuju untuk bermain dengan pasukan kita sebagai latihan pemanas badan sebelum mereka memulakan aksi di Thailand.

"Manakala empat lagi pasukan termasuk Sepanyol, Jepun, Kuwait dan sebuah negara Amerika Selatan masih lagi dalam perbincangan, dan saya yakin semuanya akan berjalan lancar.

"Aksi-aksi seperti penting bagi skuad negara yang boleh dijadikan pendedahan kepada mereka, lebih-lebih lagi bermain dengan pasukan terbaik dunia," katanya.

Dr Hamdan berkata, selain perancangan untuk skuad lelaki, pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada skuad wanita negara.

"Tidak dinafikan skuad wanita agak sukar untuk mencari pasukan tempatan bagi mengadakan perlawanan persahabatan ketika sesi latihan dijalankan.

"Sebab itulah kami turut merancang untuk membawa mereka mengadakan latihan ataupun perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand ataupun Australia.

"Semua itu masih lagi dalam perbincangan," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan