PM Ucap Takziah Pemergian Tan Sri Hamzah Abu Samah

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah, dan percaya sumbangan serta jasa beliau akan terpahat dalam sejarah negara.

Beliau berkata Hamzah merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalam konteks pentadbiran negara dan pemimpin politik berdasarkan jawatan-jawatan penting yang pernah disandangnya termasuk sebagai menteri kanan dan tokoh Umno.

"Beliau juga sangat dikenali sebagai tokoh sukan yang telah memimpin badan-badan sukan seperti FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan OCM (Majlis Olimpik Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Korporat Kumpulan Utusan di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Lebih 3,000 hadirin memeriahkan majlis hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan beberapa menteri Kabinet.

Najib berkata beliau secara peribadi merasai kehilangan Hamzah yang turut mempunyai pertalian kekeluargaan dengannya. "Isteri beliau adalah adik kepada ayahanda saya. Kita selalu juga berjumpa dulu. Secara peribadi saya tentu terasa dengan pemergian Allahyarham Hamzah," katanya.

Hamzah, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan pada kira-kira 3.30 petang Selasa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan