Tujuh Buah Sekolah Di Pilih Sertai Program Perintis Sukan Golf

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naib Presiden PGM Datuk Mohamed Zain Yusuf berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memilih tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan empat Sekolah Kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan St John, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Kebangsaan St John I, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian dan Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara II.

"Kita telah berbincang dengan Bahagian Sukan KPM dan menerusi program satu murid satu sukan, mereka telah bersetuju untuk memperkenalkan golf sebagai satu pilihan sukan dalam kurikulum sekolah.

"Seramai 44 orang guru akan dilatih dalam prinsip asas sukan dan golf. Guru-guru itu juga perlu memastikan kelab golf yang ditubuhkan di setiap sekolah bergerak secara aktif," katanya kepada pemberita pada sidang media kejohanan golf Terbuka Remaja Malaysia 100Plus di Saujana Golf and Country Club, Subang dekat sini.

Turut hadir Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Seramai 76 peserta dari 10 buah negara akan menyertai kejohanan tersebut mulai 18 hingga 21 Sept ini di Saujana Golf and Country Club.

Selain Malaysia, negara lain yang turut serta ialah Thailand, Singapura, Hong Kong, Sri Lanka, India, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, dan Filipina.

Mohamed Zain berkata kerajaan bersetuju untuk memperuntuk sebanyak RM500,000 setahun bagi mencari bakat baru golf di peringkat akar umbi, selama empat tahun bermula tahun depan.

"Secara kasar setiap sekolah akan menghantar 35 pelajar mereka untuk berlatih di tiga pusat latihan yang akan dipilih, selama dua tahun," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan