Hasli Cari Kekuatan Mental Sebelum Buru Emas Di Myanmar

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penembak senior negara, Hasli Izwan Amir Hasan mahu memperkukuhkan kekuatan mentalnya terlebih dahulu bagi memperbaiki pencapaian pada Temasya Sukan SEA di Naypyitaw, Myanmar tahun depan.

Beliau berkata beliau perlu terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi penembak lain, lebih-lebih lagi jika terpaksa berdepan sekali lagi dengan musuh tradisinya dari Vietnam, Thanh Ha Minh.

"Saya sering tewas kepada Thanh setiap kali berdepan denganya bagi merebut pingat emas kerana menghadapi banyak tekanan luar ketika melakukan bidikan akhir," katanya kepada Bernama.

Ketika beraksi di Sukan SEA Palembang tahun lepas, penembak kelahiran Perak ini hanya membawa pulang perak setelah ketinggalan tiga mata di belakang Thanh yang mengumpul 29 mata pada saingan akhir acara 25 meter rapid fire pistol lelaki.

"Punca utama kegagalan saya adalah kerana mendapat banyak ganguan luar ketika itu termasuk tekanan yang diberikan oleh pegawai pengiring (LO) yang menyebabkan saya hilang fokus ketika mencari mata akhir.

"Saya harap perkara yang sama tidak akan berulang lagi di Myanmar nanti," katanya.

Penembak yang pernah mewakili negara di Olimpik Beijing pada 2008 itu berkata kelapangan masa tidak mengikuti sebarang kejohanan besar tahun ini diisi sepenuhnya bagi menjalani latihan persiapan ke Myanmar.

Sementara itu beliau memuji pencapaian cemerlang dan kesungguhan yang ditunjukkan penembak muda dalam acara pistol pada Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung Mei lepas.

"Daripada 'score card' saya dapat lihat mereka telah berjaya mencapai mata yang boleh dibanggakan dan mereka berpotensi untuk menjadi pelapis acara tersebut satu hari nanti," katanya.

Hasli Izwan berkata sekiranya beliau bersara, telah ada penganti bagi tempatnya dan berharap mereka tidak berputus asa.

"Saya harap pihak yang berwajib tidak mensia-siakan bakat baru dengan segera menyerapkanya dalam program yang bersesuaian dengan atlet tersebut," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan