Paralimpik: Pencen Atlet Elit Paralimpik Akan Dikaji - Razali

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia mengkaji semula pemberian elaun seumur hidup atau pencen untuk atlet elit paralimpik.

Timbalan Menterinya Datuk Razali Ibrahim berkata perkara itu banyak kali ditimbulkan termasuk isu perbezaan pemberian hadiah Skim Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) antara atlet biasa dan paralimpik.

"Saya dapati memang ada keperluan ke arah itu dan pihak kementerian akan berusaha. Bagaimanapun, kita perlu buktikan melalui kemenangan dalam Sukan Paralimpik London ini," katanya di sini pada Khamis.

Menurut beliau, kejayaan di Sukan Paralimpik akan memudahkan kementerian untuk mengiktiraf bahawa mereka sama hebat dengan atlet yang lain.

"KBS akan mencari kaedah yang terbaik mengenai pekara ini. Saya berharap dan berdoa kita akan mendapat satu pencapaian yang baik di Sukan Paralimpik London," katanya.

Sementara itu, Razali berkata kerjasama yang sedia terjalin antara KBS, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan (melalui Sekolah Khas) akan digiatkan untuk menarik lebih ramai orang kurang upaya sertai sukan.

"Kita kena mula dengan tarik perhatian ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya. Kita kena timbulkan keyakinan mereka bahawa anak mereka mempunyai masa depan yang baik jika mereka bersetuju untuk melibatkan diri dalam bidang sukan.

"Saya mengalu-alukan ibu bapa yang melihat ada potensi sukan dalam diri anak mereka untuk tampil ke hadapan," katanya.

Razali berkata Malaysia perlu membentuk atlet elit paralimpik sejak dari usia muda.

Katanya kebanyakan atlet elit paralimpik negara tidak bermula sejak remaja, sebaliknya kebanyakan mereka sudah berusia ketika melibatkan diri dalam sukan.

"Sewaktu perasmian Sukan Paralimpik (Rabu lepas), ia telah membuka minda kita semua. Kebanyakan atlet yang bertanding tidak mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat mengenai kecacatan yang mereka alami.

"Mereka meneruskan kehidupan tanpa rasa malu atau rendah diri, sebaliknya pekara seumpama itu tidak berlaku di negara kita," katanya.

Menurut Razali, masyarakat orang kurang upaya di Malaysia dan juga keluarga mereka masih dibelenggu dengan rasa malu atau rendah diri.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan