Paralimpik: Koh Terkandas, Azwar Intai Peluang Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain ping pong negara berhadapan nasib yang berbeza pada perlawanan pembukaan acara individu lelaki pada temasya Sukan Paralimpik London, pada Khamis.

Di gelanggang ping pong yang membuka tirainya di ExCel London yang terletak di Newham, dekat sini, Koh Zhi Liang tewas dalam kedua-dua perlawanan Kumpulan A kategori TT9 (cacat anggota bawah/kaki).

Pada perlawanan pertama, Zhi Liang, 28, tewas kepada pemain Ukraine, Vadym Kubov dengan 12-14, 11-2, 6-11 dan 12-14.

Kemudiannya pada sebelah malam, beliau sekali lagi kecewa selepas tewas kepada Thomas Bouvais dari Perancis dengan 11-6, 9-11, 7-11, 12-10 dan 7-11.

Sementara itu, Mohamad Azwar Bakar pula bermula baik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B kategori TT10 (cacat jari tangan) apabila menewaskan Pavel Lukyanov dari Rusia dengan 8-11, 11-9, 11-9 dan 11-7.

"Saya amat bersyukur kerana berjaya menewaskan lawan yang kuat seperti Pavel. Saya sebelum ini tidak pernah menang ketika berlawan dengan dia," kata Mohamad Azwar.

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah menang dalam pertemuan dengan Pavel sebanyak enam kali termasuk kali terakhir di Kejohanan Terbuka Slovakia pada Jun lepas.

Beliau dijadual menentang pemain China, Lu Xiaolei dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, tengah hari ini (7 petang waktu Malaysia).

"Saya tidak mahu fikir sangat perlawanan ini dan saya akan melakukan yang terbaik," katanya.

Sekiranya berjaya, Mohamad Azwar akan melangkah ke peringkat suku akhir.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan