Paralimpik: Program Cari Bakat Baru Dipertingkatkan - Razali

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian bakat baru atlet elit paralimpik negara dipergiatkan dengan adanya pusat kecemerlangan bagi atlet paralimpik Malaysia di Kampung Pandan di sini, yang akan beroperasi akhir tahun ini.

"Dengan adanya pusat kecemerlangan sukan yang akan beroperasi hujung tahun ini, ia membolehkan kita (KBS) menyediakan pelan pembangunan sukan paralimpik lebih baik.

"Melalui pelan yang lebih tersusun itu, kita mampu mencari bakat baru untuk sukan-sukan tertentu," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim kepada wartawan Malaysia di sini, pada Khamis.

"Melihat kepada penyertaan atlet paralimpik dari negara-negara maju yang ramai pada Sukan Paralimpik kali ini, saya yakin kita juga mampu mempunyai kontinjen yang besar sekiranya kita mempunyai ramai atlet," katanya.

Razali berkata pencarian bakat baru penting bagi menjamin kesinambungan pembangunan sukan bagi atlet orang kelainan upaya yang telah dilaksanakan sekarang.

"Kita kena buat pencarian bakat baru yang lebih sistematik. Kalau tidak, pelaburan dalam penyediaan prasarana akan terbazir begitu saja.

"Kita tidak mahu dilihat sebagai gah dengan penyediaan infrastruktur tetapi tidak diisi dengan modal insannya," kata beliau.

Selain itu, Razali berkata pusat kecemerlangan itu perlu mendapatkan dana sama ada daripada kerajaan atau pun swasta bagi melaksanakan program mencari bakat.

"Jika kita mempunyai dana (yang lebih), ia boleh digunakan sekiranya perlu untuk menghantar atlet kita berlatih di luar negara," katanya.

Razali berkata menerusi program pembangunan atlet elit paralimpik di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) sejak 2007, telah menampakkan hasilnya.

"Untuk temasya kali ini, 20 daripada 23 atlet layak secara merit berbanding di Beijing, hanya empat atlet dan daripada jenis sukan pula, di Beijing kita ada lima sahaja tetapi kali ini kita ambil bahagian dalam lapan jenis sukan.

"Ini menunjukkan kita kini berada di landasan betul khususnya dalam program pembangunan sukan bagi atlet paralimpik," katanya.

Berdasarkan pencapaian di sini kelak, Razali berkata ia akan membuktikan bahawa pelaburan dalam sukan paralimpik boleh membuahkan hasil yang sangat baik kepada pembangunan negara.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan