Hoki: MHC Tidak Letak Sasaran Kepada Revington

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Azmi Ahmad (kiri) menyampaikan jersi kepada Revington pada sidang media, Khamis.
Turut hadir Penolong Jurulatih Hoki Malaysia, S. Anulselvaraj (kanan).Foto: BERNAMA
Nur Azmi Ahmad (kiri) menyampaikan jersi kepada Revington pada sidang media, Khamis. Turut hadir Penolong Jurulatih Hoki Malaysia, S. Anulselvaraj (kanan).Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak meletakkan sasaran kepada jurulatih senior negara yang baru dari Afrika Selatan, Paul Revington untuk menghasilkan keputusan cemerlang dalam masa yang singkat.

Sebaliknya, Naib Presiden Kanan MHC Datuk Nur Azmi Ahmad berkata mereka berharap Revington mampu membawa satu transformasi dalam corak permainan skuad kebangsaan.

"Kita berharap pelantikan beliau (Revington) mampu menamatkan badi kegagalan skuad negara melayakkan diri selama 12 tahun ke Sukan Olimpik dan juga Piala Dunia.

"Kita juga akan memberikan kebebasan kepada beliau untuk menentukan corak latihan yang sesuai kepada skuad kebangsaan," katanya pada sidang media bagi memperkenalkan jurulatih tersebut, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan Revington, Nur Azmi berkata MHC yakin pengalaman luas bekas pemain antarabangsa Afrika Selatan itu mampu menghasilkan kejayaan untuk negara pada masa depan.

Beliau berkata tugasan utama Revington pada tahun ini adalah mempersiapkan skuad kebangsaan menghadapi dua kejohanan penting iaitu Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina pada November ini dan Piala kejuaraan Enam Negara Asia di Doha, Qatar, Disember ini.

Katanya Liga Hoki Malaysia 2012 mulai Sabtu ini hingga 10 Okt ini dan Kejohanan Piala Razak di Kuantan, dari 14 hingga 23 Okt ini bakal menjadi medan untuk Revington memilih sehingga 30 pemain bagi membentuk skuad kebangsaan.

Sementara itu, Revington berkata beliau berharap dapat mengubah nasib skuad kebangsaan di persada antarabangsa.

"Saya sudah banyak kali melihat kelibat pemain Malaysia di beberapa kejohanan antarabangsa dan saya sentiasa mengagumi bakat dan keupayaan mereka.

"Tugas saya ialah untuk menyusun semula mereka dan mendorong mereka agar dapat mengecapi persembahan yang lebih baik di peringkat antarabangsa pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Revington berkata, beliau akan memberi peluang yang sama kepada mana-mana pemain yang telah menunjukkan prestasi yang baik untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan dan tidak akan meminggirkan mana-mana pemain selagi mereka cergas dan melakukan yang terbaik dari masa ke semasa.

Jurulatih itu akan dibantu oleh bekas pemain kebangsaan Arul Selvaraj.

Revington dan Arul pernah mengendalikan skuad Afrika Selatan selama tiga tahun dan kemudian pasukan Ireland.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan