Sukan Paralimpik: Atlet Paralimpik Tersohor Dunia Berkampung Di London

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Barisan atlet kelainan upaya tersohor dunia berkampung di London minggu ini bagi Sukan Paralimpik, temasya paling gah dan berprofil tinggi dalam sejarah 52 tahun Sukan itu.

Bagi kontinjen Malaysia, mereka berlepas ke ibu negara Britain ini Rabu lepas dengan menyasarkan pungutan lebih banyak pingat.

Kontinjen Malaysia dibarisi 23 atlet yang akan mengambil bahagian dalam lapan daripada 20 sukan yang dipertandingkan.

Antara sukan yang dilihat mempunyai prospek meraih pingat ialah memanah, olahraga, powerlifting dan ping-pong.

Atlet lontar peluru Mohd Ziyad Zolkefli, yang buat pertama kalinya beraksi di temasya Paralimpik, adalah antara atlet Malaysia yang berpotensi memenangi pingat.

Atlet berumur 22 tahun dari Gombak, Selangor, itu yang akan mewakili negara dalam kategori lontar peluru F20 (kelainan upaya intelektual), layak ke Paralimpik selepas memenangi pingat gangsa dalam acara itu pada Sukan FID IWAS Dunia di Itali tahun lepas.

Beliau juga memenangi dua pingat emas dan satu gangsa di Sukan Para Asean di Solo, Indonesia, tahun lepas.

Sebagai penghargaan terhadap pencapaian beliau, Mohd Ziyad telah dipilih sebagai pembawa bendera kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan.

"Peluang ini mendorong saya untuk melakukan yang terbaik nanti dan memenangi pingat, tanpa mengira warna pingat untuk Malaysia. Jika boleh, pingat emas pertama," katanya kepada Bernama, Selasa.

Setakat ini, kontinjen Malaysia meraih satu pingat perak dan empat gangsa sejak pertama kali mengambil bahagian dalam Sukan ini pada 1984 di Seoul, Korea Selatan.

Pencapaian terbaik kontinjen Paralimpik Malaysia dalam Paralimpik ialah di Paralimpik Barcelona di Sepanyol dengan kontinjen negara membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa masing-masing menerusi atlet powerlifting Cheok Koon Fatt dan P. Mariappan.

Pada Paralimpik Beijing 2008, atlet powerlifting Siow Lee Chan menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat iaitu gangsa.

Atlet berumur 41 tahun dari Negeri Sembilan itu berazam mengekalkan pingat gangsa dalam kategori 56kg wanita pada temasya kali ini.

Sebanyak 4,200 atlet dari 166 negara akan bertanding pada temasya selama 11 hari itu, dengan China diramal mengulangi kejayaan empat tahun lepas.

Bagaimanapun, negara tuan rumah dijangka memberikan saingan sengit kepada China.

Ratu Elizabeth II dijadual merasmikan pembukaan Sukan itu petang Rabu.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan