Ragbi: Terima Banyak Penyertaan, Penganjur Terpaksa Pilih Pasukan

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Jonah Jones kembali diadakan pada 22-23 September ini selepas berehat panjang selama setahun.

Pengerusi Sukan Kelab Diraja Selangor (RSC), Godfrey Philip D'Cruz berkata, aksi tahun lalu tidak diadakan kerana kesibukan jadual ragbi dunia, termasuk berlangsungnya Kejohanan Ragbi Piala Dunia.

"Kejohananan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat ragbi tanah air untuk menyaksikan saingan sengit di antara pasukan profesional dan semi-profesional beraksi dalam kategori Liga Super.

"Sehingga kini, kami telah menerima banyak penyertaan bagi kategori Liga Super, namun terpaksa memilih yang terbaik untuk mengisi lapan slot bagi pasukan profesional.

"Kami terima 17 penyertaan dan selepas membuat proses penilaian, kami terpaksa menolak sembilan pasukan.

"Sebenarnya kami berpuas hati dan gembira kerana sepanjang 49 tahun kejohanan ini diadakan, ia terus menerima sambutan positif daripada pasukan antarabangsa ataupun kelab-kelab terkenal walaupun kami tidak menyediakan hadiah wang tunai," katanya pada sidang media kejohanan ini, Rabu.

Menurut Godfrey, sebanyak lima kategori bakal diadakan termasuk, Liga Super, Kelab, Colt, wanita dan heavyweight.

"Liga Super terbuka kepada pasukan profesional dan separuh profesional, kategori kelab untuk semua kelab yang didaftarkan di bawah Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Colts-untuk pemain bawah 21 tahun, kategori wanita serta kategori heavyweight khas kepada pemain yang berusia 35 tahun ke atas atau mempunyai berat lebih daripada 100 kilogram.

"Kategori wanita juga turut mendapat sambutan positif dan sehingga kini empat pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka dan kami harap dapat mencapat sasaran lima pasukan dalam kategori ini.

"Kami telah menutup pendaftaran bagi kategori kelab dan heavyweight dan buat masa sekarang proses pemilihan sedang dilakukan," jelasnya.

Sehingga kini, skuad Hong Kong telah mengesahkan penyertaan mereka (Liga Super) dan pihak penganjur masih menunggu maklum balas dari pasukan China, Filipina dan Korea.

Pihak RSC turut menyasarkan dapat mencatat sekurang-kurangnya 50 pasukan keseluruhan dalam kejohanan tujuh sebelah tertua di Asia ini.

Pada aksi 2010, pasukan kebangsaan Hong Kong dinobatkan sebagai juara Liga Super, manakala pasukan RSC menjuarai kategori wanita, colt kelab dan heavyweight.

Selain menyaksikan saingan sengit setiap kategori ini, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti khas untuk penonton-penonton yang berkunjung ke Padang RSC, Bukit Kiara Sports Annex .

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan