Sukan Pralimpik: Atlet Besemangat Hadapi Temasya Sukan Paralimpik - Zolkples

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Semua atlet elit paralimpik negara kini telah bersedia bagi menghadapi edisi ke-14 temasya Sukan Paralimpik di sini yang akan membuka tirainya secara rasmi pada Rabu ini, kata Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Zolkples Embong.

"Setakat ini kita dapat lihat betapa mereka begitu bersemangat untuk menghadapi temasya sukan terbesar dunia bagi atlet kelainan upaya.

"Semangat itu dapat kita lihat ketika mereka menjalani latihan di sini. Ada di antara mereka menjalani latihan di venue pertandingan sebenar. Daripada maklum balas yang saya terima, mereka tidak menghadapi sebarang masalah.

"Situasi seperti ini adalah sesuatu yang menggembirakan saya terutamanya sebagai ketua kontinjen untuk sukan ini," katanya.

Zolkples, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkata walaupun kontinjen negara adalah kecil berbanding negara-negara lain tetapi semangat sepasukan yang dipamerkan oleh atlet-atlet paralimpik negara adalah sangat kukuh.

"Saya melihat sendiri bagaimana semangat sepasukan di kalangan atlet walaupun berbilang bangsa dan daripada jenis sukan yang berbeza begitu kukuh sekali. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama yang lain.

"Peranan jurulatih dan pegawai-pegawai dalam kontinjen juga banyak sekali membantu mengurus atlet-atlet kita di sini. Setakat ini, tiada apa-apa masalah timbul," katanya.

Menurut Zolkples, beliau serta pegawai dan jurulatih sentiasa mengingatkan atlet supaya sentiasa memberi tumpuan kepada latihan yang mereka jalani dan tidak merasa tertekan.

Pada edisi kali ini seramai 23 atlet akan menggalas cabaran negara dalam lapan jenis sukan iaitu memanah, olahraga, berbasikal, ping-pong, powerlifting, renang, lawan pedang berkerusi roda dan perahu layar.

Mereka tiba di sini sejak Rabu lepas bagi menjalani latihan penyesuaian.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan