Karim Mahu Pertahan Kerusi Timbalan Presiden KOAM

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) Datuk Karim Ibrahim akan mempertahan kerusi nombor dua badan induk olahraga walaupun didesak supaya melepaskan jawatan itu.

Karim yang menyandang jawatan itu sejak 2006 berdepan kontroversi berikutan satu petisyen mendesak beliau melepaskan jawatan yang ditandatangani 16 jurulatih dan 42 atlet olahraga pada Februari lalu.

"Saya telah lali dengan sandiwara yang mewarnai politik persatuan sukan olahraga namun ia tidak melemahkan semangat saya.

"Saya bukan terdesak untuk terus bertanding, tetapi saya hanya akan bertanding jika menerima percalonan daripada persatuan negeri," katanya.

Jawatankuasa Siasatan Dakwaan KOAM diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V.C. George ditubuhkan bagi mengumpul fakta mengenai isu doping melibatkan atlet olahraga pada Sukan SEA selain isu enam atlet lari daripada ujian doping yang menggemparkan sukan tanah air yang dikaitkan dengan Karim.

Karim berkata beliau tidak akan berputus asa untuk terus berbakti kepada KOAM walaupun imejnya tercalar apabila didakwa terlibat dalam isu yang mencabar kredibilitinya sebagai timbalan presiden KOAM.

Menurutnya, beliau akan hanya melepaskan jawatan itu untuk penggal akan datang sekiranya tidak dicalonkan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) KOAM yang dijadual berlangsung pada 23 September.

"Kalau boleh saya mahu lebih ramai orang mencabar saya pada pemilihan nanti kerana itu baru menunjukkan saya bekerja keras untuk mendapatkannya dan tidak mencari kemenangan secara percuma," katanya.

Beliau berkata AGM kali ini berbeza berbanding sebelum ini kerana ia akan berlangsung berdasarkan pelembagaan baru KOAM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan