KBS Sedia Pertimbang Tambah Jurulatih Sukan Akuatik

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shabery Cheek dan jaguh terjun negara Pandelela Rinong bersama kedua ibu bapanya bergambar di hadapan rumah mereka pada sambutan oleh ribuan penduduk pada majlis sambutan 'Biruman Bisamah Pandelela', Isnin. Foto: BERNAMA
Shabery Cheek dan jaguh terjun negara Pandelela Rinong bersama kedua ibu bapanya bergambar di hadapan rumah mereka pada sambutan oleh ribuan penduduk pada majlis sambutan 'Biruman Bisamah Pandelela', Isnin. Foto: BERNAMA

LUNDU (Sarawak): Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia menimbang untuk menambah bilangan jurulatih sukan akuatik.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata berikutan kejayaan ratu terjun negara Pandelela Rinong meraih gangsa pada Olimpik 2012 di London, beliau yakin usaha mendapatkan khidmat jurulatih terbaik dari negara seperti China mampu meningkatkan lagi pencapaian negara dalam sukan itu.

"(Adalah) baik jika kita mendapat khidmat jurulatih terbaik dari luar negara untuk sukan akuatik, dan tidak salah jika mereka diberi taraf penduduk tetap," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan kejayaan Pandelela di Kampung Jugan di sini, Isnin.

Ahmad Shabery berkata perkara itu akan dibawa ke pengetahuan kabinet sebelum sebarang keputusan diambil.

Menurutnya, kejayaan Pandelela di Sukan Olimpik dalam sukan akuatik serta beberapa pencapaian atlet itu di beberapa temasya sukan antarabangsa lain telah menambah keyakinan Malaysia untuk muncul sebagai antara kuasa utama dunia dalam acara terjun dan sukan akuatik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan