Farah Ann Buat Persediaan Awal Buru Pingat Ke Sukan Komanwel 2014 - Sukan Ekstra | mStar

Farah Ann Buat Persediaan Awal Buru Pingat Ke Sukan Komanwel 2014

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak acara gimnastik Sukan SEA edisi Palembang, Indonesia tahun lepas, Farah Ann Abdul Hadi memasang impian untuk membawa balik pingat tanpa mengira warna dalam acara palang bertingkat kategori individu wanita pada Temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland 2014.

Farah Ann, 18 tahun berkata telah tiba masanya untuk membuktikan keupayaan sebenar dirinya setelah gagal membawa pulang pingat pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel, New Delhi, India pada 2010.

Adik kepada ratu renang berirama negara, Katrina Ann berkata walapun tarikh kejohanan masih jauh, beliau telah mula berlatih sejak awal tahun lagi.

"Saya mula buat persiapan awal kerana sedar banyak perkara yang perlu diperbaiki baik dari segi teknik, kemahiran dan juga persiapan mental agar saya benar-benar bersedia bila menghadapi cabaran di Glasgow, Scotland nanti," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Beliau berkata saingan pada peringkat Sukan Komanwel lebih mencabar kerana negara seperti Britain, Kanada dan Australia sudah pasti akan memberi cabaran sengit.

"Saya akui bahawa bukan mudah untuk mengatasi peserta dari negara Barat namun ia bukan satu alasan untuk saya mengalah sebelum turun beraksi," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Farah Ann berkata beliau tidak bercadang untuk bersara awal dalam sukan gimnastik walaupun sebahagian besar gimnas negara bersara pada umur 20-an.

"Fenomena gimnas bersara awal hanya berlaku di Malaysia dan ia tidak berlaku di negara lain," katanya.

Beliau berkata kejayaan gimnas Britain, Beth Tweddle berusia 27 tahun meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik London baru-baru ini membuktikan bahawa faktor umur bukan penghalang untuk seseorang gimnas terus berjaya dalam kerjayanya.

"Saya akan terus aktif dalam sukan gimnastik jika tidak mengalami kecederaan yang memaksa untuk saya bersara kerana sukan gimnastik telah menjadi darah daging saya," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan