Filipina Sah Sertai Kejohanan Boling Padang Piala Mahsuri

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Filipina mengesahkan penyertaan pasukan mereka pada Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi 2012 bagi merebut Piala Mahsuri di Kompleks Sukan Langkawi di sini mulai 10 hingga 15 Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Boling Padang Kedah Datuk Syukri Ahmad berkata, Filipina merupakan negara kedua yang mengesahkan penyertaan selepas Singapura.

"Penganjur masih menunggu jawapan dari pasukan India, Hong Kong, dan Brunei yang turut dijemput menyertai kejohanan enam hari itu," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata, sehingga ini 29 pasukan mengesahkan penyertaan dan pihak penganjur menghadkan hanya 60 pasukan bertanding pada kejohanan itu.

Kejohanan itu terbuka kepada semua kelab-kelab di seluruh Malaysia, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan