Mohd Afif Tekad Pamer Aksi Cemerlang Dalam Tiga Kejohanan Berbasikal Serantau

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal lebuh raya kebangsaan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri bertekad mempamerkan aksi cemerlang pada tiga kejohanan berbasikal serantau, September ini.

Tiga kejohanan berbasikal serantau itu ialah Tour de East Java di Jawa Barat, Tour of Brunei dan Tour d'Indonesia.

Beliau berkata, peluang yang diberikan oleh jurulatih, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia jarang diberi kepada pelumba muda.

"Sebelum ini, saya beraksi untuk pasukan pelapis selama empat tahun sebelum diserap ke dalam pasukan elit awal tahun ini... pencapaian terbaik ialah meraih tempat kedua dalam Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia awal tahun ini.

"Jadi saya harap mampu mencipta kejutan pada tiga kejohanan itu," katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai persediaan untuk menghadapi tiga kejohanan berbasikal serantau itu, anak jati Kuala Terengganu berusia 20 tahun itu berkata, beliau kini giat menjalani latihan di bawah Syed Muhammad Hussaini di sekitar Lembah Klang.

"Kebiasaannya, kami menjalani latihan di sekitar Bukit Jalil sehingga ke Putrajaya namun jurulatih akan sentiasa mencari lokasi baru di sekitar Lembah Klang seperti kawasan berbukit memandangkan laluan untuk tiga kejohanan itu agak berbeza-beza," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu turut menyimpan hasrat untuk mewakili negara dalam beberapa temasya sukan yang lebih besar seperti Sukan SEA dan Sukan Asia pada masa depan.

"Sekarang saya dah masuk skuad elit negara, jadi memang saya ada menyimpan hasrat untuk mewakili negara jika jurulatih memberikan peluang kepada saya," katanya.

Selain Muhammad Zulhilmie Afif, beberapa lagi pelumba berbasikal senior kebangsaan seperti Suhardi Hassan, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi dan Mohd Akmal Amrun akan menggalas cabaran negara pada tiga kejohanan berbasikal itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan