Sukan Paralimpik: Zulkifli Cari Sumbangan Untuk Bekalan Ke London

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Zulkifli,Hasihin dan Mohd Zafi menjalani latihan sebelum  berangkat ke London. Foto: BERNAMA
Dari kiri: Zulkifli,Hasihin dan Mohd Zafi menjalani latihan sebelum berangkat ke London. Foto: BERNAMA

PETALING JAYA: Atlet memanah paralimpik negara, Zulkifli Mat Zin mengambil inisiatif untuk mencari penaja bagi pasukannya sebelum berangkat ke temasya Paralimpik London bermula 29 Ogos 9 September ini.

Zulkifli yang pernah beraksi beraksi kejohanan Para Asia di Gungzhou, China pada 2010 dan temasya Paralimpik Beijing, China pada 2008 berkata, tujuannya mencari tajaan ini adalah untuk dibuat bekalan ketika di Kota London nanti.

"Saya cuba meminta pertolongan mana-mana pihak bagi membantu pasukan saya untuk menampung perbelanjaan di London nanti.

"Sekurang-kurang ia dapat membantu perbelanjaan di sana nanti memandangkan kami tidak menerima sebarang elaun di kejohanan.

"Buat masa sekarang ia masih belum menerima sebarang maklum balas, dan saya berharap ada berita gembira sebelum kami berangkat ke London pada 21 Ogos ini," katanya kepada mStar Online.

Zulkifli,46, bakal memikul cabaran bersama dua orang lagi rakannya iaitu Mohd Zafi Rahman Mat Salleh,34, dan Hasihin Sanawi,29 tahun.

Sementara, Pengarah Cawangan Paralimpik, Mohd Safrushahar Yusoff berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya tidak menyediakan elaun kejohanan untuk atlet.

"Kami hanya memberi elaun bulanan kepada atlet, selain menyediakan segala kemudahan lain.

"Berkenaan dengan duit poket, kami memang tidak ada sediakan sebarang perbelanjaan," katanya ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan