Dr Ramlan Dilantik Penasihat Khas Menteri Belia dan Sukan

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dilantik sebagai penasihat khas kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memberi tumpuan kepada pembangunan sukan negara dan Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Spekulasi berhubung jawatan tertinggi ISN itu akhirnya terjawab apabila Ahmad Shabery mengumumkan Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail dinamakan pengganti Dr Ramlan berkuat kuasa Khamis.

"Saya sudah berbincang dengan Dr Ramlan dan beliau dilantik sebagai penasihat saya. Apa yang perlu disediakan sekarang adalah pelan pembangunan sukan secara keseluruhan terutama persiapan menghadapi Sukan Olimpik di Brazil.

"Ahmad Shapawi akan memegang jawatan CEO selama setahun untuk melicinkan pentadbiran ISN," kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini Khamis.

Ahmad Shabery, bagaimanapun berkata Dr Ramlan masih belum menjalankan tugasan rasmi sebagai penasihat khas kepada beliau pada masa ini.

"Ahmad Shapawi memulakan tugas beliau hari ini manakala tentang Dr Ramlan, ia masih dalam perbincangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat," katanya.

Kedudukan Dr Ramlan sebagai CEO ISN hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.

"Pelantikan Ahmad Shapawi menggantikan Dr Ramlan tidak ada kontroversi, bagi saya ia untuk memberi tumpuan kepada Olimpik di Rio de Janeiro yang memerlukan tindakan segera.

"Kepakaran Dr Ramlan adalah dalam bidang kedoktoran. Kita tidak mahu kepakaran beliau dalam pembangunan sukan terbuang begitu sahaja. Kita memerlukan Dr Ramlan untuk turun padang dan pada masa sama kita mahu bangunkan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebagai sebuah institusi dalam kementerian," katanya.

Dr Ramlan merupakan Ketua Pengarah ISN yang pertama.

ISN yang ditubuhkan pada 1992 memberi fokus kepada penyelidikan, perubatan dan sains sukan di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan