Pandelela Mahu Kekal Sikap Rendah Diri - Sukan Ekstra | mStar

Pandelela Mahu Kekal Sikap Rendah Diri

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pandelela menerima ciuman daripada ibubapanya Hartini Lamim dan Pamg ak Joheng sebaik sahaja tiba dari London selepas menyertai Sukan Olimpik di sini, Selasa. Foto: S.S Kanesan/the STAR
Pandelela menerima ciuman daripada ibubapanya Hartini Lamim dan Pamg ak Joheng sebaik sahaja tiba dari London selepas menyertai Sukan Olimpik di sini, Selasa. Foto: S.S Kanesan/the STAR

SEPANG: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012, Pandelela Rinong Pamg mengakui teruja dengan sambutan dan sokongan yang diterimanya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Selasa.

Pandelela memenangi pingat gangsa di London dengan penuh dramatik selepas menerima cabaran sengit dalam acara terjun 10 meter platform wanita baru-baru ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), Penerbangan Malaysia (MAS), pihak persatuan serta keluarga kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya.

"Sudah pasti selain gembira meraih pingat pertama dalam acara terjun, pengalaman bersaing dengan atlet terbaik dunia juga tidak akan saya lupakan," katanya kepada media.

Turut bersama Pandelela tiba dari London termasuk Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Majlis (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong serta skuad akuatik.

Tidak ketinggalan juga kedua ibu bapa Pandelela, Pamg Joheng dan Hartini Lamim diterbangkan khas dari Kuching oleh syarikat penerbangan MAS bagi menyambut kepulangan anak mereka.

"Walaupun telah memenangi pingat di Sukan Olimpik saya harap akan tetap low profile.

"Dan dalam tempoh empat tahun akan datang ini, saya harap dapat menjalani latihan dengan selamat," kata Pandelela yang telah disambut dengan kehadiran peminat-peminatnya dan rakan-rakan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan